PASUKAN Kelantan FC terpaksa menerima kekalahan memalukan apabila ditewaskan 1-4 oleh Kelantan United FC di Stadium Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada Jumaat.
Pertembungan derbi itu menyaksikan The Red Warriors (TRW) terpaksa berpuas hati dengan satu jaringan dalam perlawanan menentang Sang Kijang Hijau.
Kekalahan tersebut menambah derita kelab itu yang ketika ini berdepan masalah dalaman yang dihadapi oleh TRW sehingga dikatakan menjadi punca beberapa pemain mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik oleh Cifu di laman Instagram peribadinya baru-baru ini. — Instagram/ miguelcifu
Menerusi satu hantaran di laman sosial media pemain import TRW, Miguel Cifuentes memberikan ucapan selamat tinggal kepada kelab tersebut selepas sahaja perlawanan menentang Sang Kijang Hijau itu berakhir.
Dikhabarkan bahawa pemain berusia 32 tahun itu dikaitkan bakal beraksi bersama dua kelab pencabar utama Liga Super pada jendela perpindahan Julai nanti iaitu Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC kerana prestasi yang ditampil olehnya.
Oleh itu, terdapat tiga sebab utama khidmat Cifu ditagih oleh Sang Kenari dan Sang Badak iaitu seorang yang pemain berpengalaman.
Hal ini kerana,Cifu merupakan seorang pemain yang berpengalaman dan banyak menghabiskan karier bola sepaknya beraksi di Sepanyol termasuk La Liga iaitu antara liga yang popular di Eropah.
Selain itu, dia juga merupakan produk akademi bola sepak Elche dan pernah membantu Elche B menjuarai Liga Segunda (Divisyen 2 Sepanyol) pada musim 2012-13.
Beraksi di posisi pertahanan kanan, Cifu juga mempunyai pengalaman La Liga apabila menyertai Malaga CF selama lima tahun dan menjaringkan empat gol dalam 60 penampilan.
Pastinya, Cifu mampu membantu kedua pasukan tersebut dalam mengukuhkan barisan pertahanan dan menguatkan jentera serangan.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pemain yang versatil kerana memiliki status yang cukup besar di Liga Sepanyol kerana mampu bermain dalam beberapa posisi.
Pemain berusia 32 tahun itu yang boleh beraksi di posisi sayap kanan, tengah menyerang dan pertahanan kanan nyata membuatkan ramai penyokong mengidamkan khidmatnya bagi memperbaiki pasukan masing-masing.
Bagi Sabah FC, pada ketika ini pasukan itu dikhabarkan akan melakukan rombakan pemain bagi digandingkan dengan penyerang mereka, Darren Lok dan sekiranya Cifu berhijrah ke sana, ia mungkin dapat mengisi kekosongan tersebut.
Bercerita mengenai skuad Sang Kenari pula, pasukan itu sememangnya memerlukan seorang lagi penyerang pada ketika ini memandangkan mereka terlalu bergantung kepada Willian Lira dan Jonathan Balotelli.
Sekitar aksi yang ditampilkan oleh Cifu ketika bersama TRW. — Facebook / Kelantan FC
Tambahan pula, karier Cifu akan lebih terjamin kerana Kedah dan Sabah antara pasukan di Malaysia yang memiliki pengurusan kelab yang baik untuk pemain bola sepak profesional seperti Cifu.
Kelab Sang Kenari di bawah Tan Sri Dr Daud Bakar dilihat komited dalam membangunkan bola sepak di Kedah.
Pada masa sama, beliau juga berjaya membawa masuk syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bin Zayed International LLC sebagai penaja utama Sang Kenari pada musim 2023 ini.
Manakala, skuad Sang Badak di bawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Ahmad Marzuki Nasir pada ketika ini sememangnya berada di landasan yang betul dalam arena bola sepak.
Dia juga dikenali sebagai seorang yang berani mengambil risiko dalam menaikkan imej Sabah FC dan sanggup berbelanja besar demi kepentingan pasukan.
Untuk rekod, pemain kelahiran Sepanyol itu menampilkan aksi yang menarik setiap perlawanan berlangsung walaupun baharu sahaja menyertai Liga Malaysia (Liga-M) dengan merekodkan empat gol dan satu hantaran bantuan dalam 13 penampilan perlawanan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram