SELEPAS pertembungan sengit antara Terengganu FC (TFC) dengan Kelantan FC, skuad Sang Penyu mampu menarik nafas lega selepas berhasil menundukkan Kelantan FC 4-2 dalam aksi suku akhir Piala FA pada Sabtu.
Walaupun berjaya menewaskan The Red Warriors (TRW), namun ramai penyokong TFC tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh barisan pertahanan pasukan kesayangan mereka.
Dalam masa sama, pemain naturalisasi TFC, Liridon Krasniqi juga antara yang menjadi tumpuan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu.
Konsistensi pemain tengah TFC tersebut mula diragui penyokong setia pasukan, hingga ada yang tidak berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pemain kelahiran Kosovo itu baru-baru ini.
Meskipun pemain berusia 31 tahun berkenaan telah beraksi dalam 11 perlawanan bersama skuad Pantai Timur dalam aksi Liga Super, namun dia hanya mampu merekodkan satu gol buat pasukan tersebut.
Situasi itu dilihat agak berbeza jika dibandingkan dengan aksi Liridon beberapa tahun lalu ketika mewakili Kedah Darul Aman (KDA) FC di mana dia menjadi antara pemain yang berpengaruh dalam Liga Malaysia.
Aksi Liridon (kanan) ketika menentang Kelantan FC pada Sabtu mendapat kritikan penyokong TFC. — Facebook/Terengganu FC
Bagaimanapun ketika ini, terdapat penyokong yang berpendapat, pemain berketinggian 1.92 meter itu memerlukan seorang pemain yang boleh bertahan dengan baik untuk membantunya mengawal dan merencana serangan pasukannya.
"Mungkin keserasian antara Liridon dengan bahagian serangan masih kurang atau memang Liridon sudah kurang upaya dalam berfikir dan membuat umpanan pantas.
"Bagi Liridon ni elok duduk area tengah saja, tugas dia kutip atau terima bola dan buat hantaran.
"Liridon perlukan partner keras persis Javier Mascherano untuk backup dia bertahan. Sepatutnya dia lebih sesuai nombor 10 tapi Liridon sekarang lambat hulur bola bila fasa menyerang pantas aka counter attack," kata Jo Al Rawi.
"Liridon terlalu fancy dan menyumbang pada kesilapan mudah," tulis Siput Sedut.
"Penat dan tenat (tengok) Liridon main, macam budak-budak baru nak belajar main bola," ujar Muhammad Fahmi.
"Liridon puji hari ini esok balik asal," kata Weri Beri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,