Berpeluh tundukkan TRW, fans TFC mahu Tomi ambil idea '2+1' elak benteng mudah bocor


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Sekitar aksi pertembungan antara Sang Penyu dan TRW dalam saingan Piala FA pada Sabtu. — MFL

PASUKAN Kelantan FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan 2-4 apabila ditewaskan oleh skuad Terengganu FC (TFC) di laman pihak lawan dalam kelayakan separuh akhir Piala FA pada Sabtu.

Pertembungan itu dikatakan sengit apabila The Red Warriors (TRW) tidak mahu ketinggalan dengan memberikan tekanan kepada TFC untuk mendapatkan jaringan.

Namun begitu, kelincahan barisan pemain TFC tidak membenarkan pelawat untuk mencetak sebarang gol.

Pada aksi babak pertama, Sang Penyu mendahului TRW dengan jaringan daripada Azam Azmi Murad pada minit ke-17 sebelum pemain import TFC, Ivan Mamut menggandakan kedudukan apabila mencetak gol pada minit ke-41.

Namun dua jaringan tuan rumah itu tidak mematahkan semangat Kelantan FC untuk merapatkan jurang menerusi Ishmael Akhinade dengan meledak gol minit pada minit ke-45.

Pada masa kedua perlawanan, Kelantan FC terus garang untuk mencari gol penyamaan tetapi TF bijak mengambil peluang bagi menjarakkan kedudukan menjadi 3-1 menerusi jaringan Sony Norde pada minit ke-52, hanya tujuh minit selepas perlawanan bersambung.

Kelantan FC sekali lagi merapatkan jurang, juga menerusi jaringan daripada pemain penyerang kelahiran Nigeria, Ishmael pada minit ke-64.

WhatsApp Image 2023-05-27 at 20.59.35

Jordan Mintah dilihat cuba mengegarkan gawang Kelantan FC. — Facebook/ MFL

Berbaki 10 minit terakhir, Syafik Ismail tidak menunggu lama untuk mengesahkan kemenangan TFC apabila melakukan rembatan kencang menembusi gawang pelawat kerana tidak dirantai kemas oleh benteng pertahanan TRW.

Walaupun berjaya menewaskan TRW namun ramai penyokong TFC tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh barisan pertahanan Sang Penyu itu.

Hal ini kerana, dalam aksi menentang TRW benteng pertahanan TFC dikatakan mudah dibolosi oleh pihak lawan.

Oleh itu, penyokong Sang Penyu menyeru agar pengendali Tomislav Steinbruckner agar membuat perubahan.

"Sudah boleh serap Ubaidullah (Shamsul) dengan Atiq (Muslihudin Atiq Mat Zaid) dalam first eleven tak pun sub, ejas sign semulalah Petrus Shitembi nampak sangat tengah tiada killer pass, lepas itu sign 2/3 local player yang memang pengalaman sikit dalam liga ini," kata Tigreal.

"Local sudah ada dekat first team, Nik Sharif Haseefy tu macam tiada peningkatan langsung. Hakimi pun begitu juga, kalau masuk itu, padan buat cukup orang saja," kata Ahmad Syamsulbahri.

"Tahniah, walaupun menang sangat tidak puas hati dengan defend silly mistake. Gol mudah untuk Kelantan, defend fancy dan bersahaja sangat. Keputusan sebenar 6-2, linesman cap ayam," kata Muhammad Syahir.

WhatsApp Image 2023-05-27 at 20.59.56

Sang Penyu meraikan gol yang dijaringkan oleh Sony Norde. — Facebook/ MFL

Oleh itu, gandingan antara bekas import Shitembi, Muhd Muslihudin Atiq Mat Zaid dan Muhammad Hakimi Abdullah sememangnya mampu untuk memperkukuhkan benteng pertahanan Sang Penyu menjelang perlawanan seterusnya dalam separuh akhir Piala FA.

Shitembi mempunyai kelebihan dalam membuat hantaran bantuan sebanyak 10 kali dan satu gol dalam 14 penampilan bersama TFC musim lepas.

Manakala, Hakimi mencetak satu gol dan hantaran bantuan dalam lima penampilan di Liga Super selain meledak satu gol ketika diturunkan pertama kali dalam perlawanan menentang Melaka FC di Piala FA.

Atiq juga menunjukkan prestasi cemerlang untuk membantu TFC II mendahului Kumpulan A Piala MFL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram