PENYERANG import, Jordan Mintah dikatakan bukan lagi pilihan utama bagi ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner untuk beraksi di pentas Liga Super.
Ada yang berpandangan, jika anda meletakkan harapan tinggi terhadap pemain kelahiran Ghana itu dalam saingan Liga Super, nescaya kekecewaan akan hadir dalam diri anda.
Laman Facebook Analisis Bola Tranung dalam satu hantaran pada Jumaat menyatakan, Mintah telah banyak menghadapi episod kekecewaan disisihkan daripada skuad utama.
"Aku tidak terkejut dengan aksinya yang agak 'senyap' beberapa perlawanan terakhir ini. Begitulah Mintah yang kita kenali sejak dulu lagi.
"Dari era Nafuzi Zain (bekas jurulatih TFC) lagi, DDS (David Da Silva) lebih menjadi pilihan Nafuzi berbanding Mintah. Kemudian dengan hadirnya Kpah Sherman dan Tchetche Kipre, Mintah dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
"Di KL City, Mintah juga tidak begitu cemerlang. Walaupun tiada saingan hebat dalam posisi penyerang ketika itu, Mintah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama akhirnya kepada Romel Morales yang diletakkan sebagai False Nine.
"Walaupun Romel bukanlah penyerang asli, namun impak yang diberikannya lebih baik daripada Mintah. Dia sudah diberi peluang pada awalnya, namun tidak seperti yang dimahukan oleh Bojan Hodak akan prestasinya," tulis hantaran itu.
Aksi Mintah (kiri) ketika perlawanan menentang Penang FC pada Rabu. — Facebook/TerengganuFC
Malah laman tersebut turut menyifatkan Mintah tidak memiliki kualiti yang terbaik untuk bersaing di Liga Super.
Pemain berusia 28 tahun itu cuma boleh menjadi pemain sokongan kepada penyerang utama skuad Liga Super TFC. Beginilah situasi Mintah bermula musim ini di bawah kendalian Tomislav.
Pandangan yang diutarakan itu turut mendapat sokongan penyokong skuad Sang Penyu.
Antaranya, Ridzuan Ismail berpandangan, TFC memerlukan penyerang yang lebih klinikal untuk menjaringkan gol.
"Betul tu, Mintah ni bukan pure forward killer dalam pasukan, saya sangat teruja jika untuk jendela perpindahan pertengahan musim ni dapatkan pemain yang betul-betul 'penyerang pembunuh' seperti Marlon Alex James," tulisnya.
"Sebenarnya jika pemain lain lebih bekerjasama dan lebih beri ruang kepada penyerang untuk jaringkan gol dalam erti kata lain tak tamak, rasanya tak jadi masalah untuk Mintah/Ivan Mamut untuk convert. Kita ni banyak pemain suka cuba sendiri.
Mintah (tiga dari kanan) dikatakan bukan lagi pilihan utama bagi Tomislav untuk beraksi di pentas Liga Super. — Facebook/TerengganuFC
"Sony Norde, Nik Syarif, Syafik Ismail, Hakimi, Habib (asyik) gaduh nak try (tunjuk skil) dari suap ke penyerang. Masalah ni kena perbetul dulu, beri keselesaan pada penyerang dulu.
"Musim ni bukan penyerang tak jadi mana, tapi masalah tamak (datang) dari department (posisi) lain tu yang jadi masalah," tulis Ali Abu Hassan.
"Kalau tengok situasi semasa ni aku pilih Ivan Mamut untuk kesebelasan utama. Bagi lebih peluang kepada Mamut untuk sesuaikan diri. Baru satu musim dia, nampak Mamut ni ada potensi," Mohd Anwar Sulong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram