PENYERANG kebangsaan negara, Faisal Halim kini dikhabarkan bakal menerima dua tawaran daripada dua kelab utama luar negara yang berpangkalan di Korea Selatan.
Perkhabaran tersebut didedahkan melalui satu temu bual media tempatan bersama ejen bola sepak dari Korea Selatan, Leo Jeong.
Menurut Leo Jeong dua kelab Korea Selatan yang dimaksudkan adalah Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings yang beraksi di K League 1.
"Saya sudah lihat pemain sayap nombor tujuh Selangor (Faisal Halim) bermain. Dia bermain dengan bagus sekali. Jadi, saya ada menghubungi beberapa kelab Korea (berkenaan Faisal)," katanya menerusi temu bual tersebut.
Kelincahan bekas pemain sayap Terengganu FC itu menarik minat dua kelab berkenaan. Sekiranya Faisal menyertai salah satu kelab berkenaan, dia bakal masuk sebagai pemain import Asia.
Di fahamkan 2 kelab dari liga Korea Selatan (K1) berminat dapatkan khidmat Faisal Halim iaitu Suwon Samsung FC dan Incheon United.
Tiada kuota Asean dalam K1, jika Miki sahut cabaran dia akan penuhi kuota Asia..
Spill the tea.. @ASTROARENA Nadi Arena 7.30pm pic.twitter.com/a6y0Cbje6g
— FinaNasrom (@fnasrom) May 22, 2023
Walaupun ia dianggap sebagai tawaran durian runtuh kepada pemain yang lebih dikenali sebagai Miki, namun ada dalam kalangan penyokong meluahkan kerisauan yang mana pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak dapat bersaing dengan pemain lain di K League 1 untuk mendapatkan minit permainan.
"Di Malaysia 'siuuuu' tetapi di Korea 'shhhhh'. Sebab apa? Sebab nanti tidak dapat minit permainan di sana (Korea)," tulis @thereal.manxs.
Jika melihat kepada prestasi terkini Faisal, pemain sayap Selangor FC itu sudah mempunyai karier bola sepak yang cerah di tanah air. Malah dia juga dianggap sebagai salah seorang peledak berbisa dalam arena bola sepak tanah air sejak menyertai Liga Malaysia.
Sehubungan itu, penyokong berpendapat pemain berusia 25 tahun itu tidak perlu berhijrah ke luar negara kerana dia mempunyai lebih banyak peluang di tanah air pada ketika ini.
Pada masa sama, Korea Selatan juga tidak mempunyai kuota khas untuk pemain import ASEAN seperti mana yang diamalkan di Liga Jepun berkemungkinan agak menyukarkan peluang Faisal untuk beraksi di sana.
Pada ketika ini, bekas pemain Petaling Jaya City FC, R. Kogileswaran merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang berkelana di Korea Selatan dengan menyertai kelab Chungbuk Cheongju FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram