SEORANG wanita berdepan dengan detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang tanpa segan silu menunjukkan kemaluannya baru-baru ini.
Difahamkan kejadian itu berlaku di salah sebuah farmasi pada Selasa namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Kes Viral Apa Hari Ini pada Khamis, kejadian itu berlaku pada pukul 1.53 petang Selasa.
"Serangan seksual pada pekerja farmasi," tulisnya.
Dalam video berdurasi seminit lebih berkenaan, kelihatan lelaki yang berpakaian serba hitam menananyakan sesuatu pada kakitangan farmasi tersebut di kaunter premis berkenaan.
Suspek yang turut memakai pelitup muka kemudiannya secara tiba-tiba membuka seluar dan menunjukan sesuatu di punggungnya.
Tindakannya itu menyebabkan pekerja farmasi berkenaan menjauhkan diri dari kaunter namun dilihat tenang melayan suspek.
Mangsa turut meletakkan sesuatu di atas kaunter dipercayai ubat yang diminta oleh suspek.
Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila suspek mula memegang dan menunjukkan kemaluannya ke arah mangsa.
Melalui maklumat yang dikongsikan dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook, AmirRr memaklumkan suspek beredar daripada farmasi tersebut selepas pekerja berkenaan memberitahu polis dalam perjalanan ke premis berkenaan.
"Dengar cerita dia lari selepas pekerja kat situ bagi tahu polis nak datang. Gila betul orang sekarang tunjuk 'bebird' (kemaluan) di khalayak ramai," tulisnya.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan kenapa suspek bertindak sedemikian dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram