Aksi gading bertemu taring, aura 2022 jadi azimat Tok Gajah berdepan Harimau Selatan


  • Podium
  • Isnin, 22 Mei 2023

Pahang yakin mampu mengingat jaringan seri dengan JDT Rabu depan. — Facebook Sri Pahang FC 

JIKA melihat kepada pungutan mata antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Sri Pahang FC dalam Liga Super sememangnya ada jurang agak besar.

JDT yang berjaya meraih 33 mata lebih tinggi berbanding Pahang yang hanya memiliki 25 mata yang dikongsikan dengan Selangor FC.

Melihat kepada angka itu tentu saja mudah mentafsiran kemenangan berpihak kepada pasukan mana.

Tetapi harus diingatkan, Sri Pahang dan JDT kini berkongsi takhta sebagai pasukan yang masih belum kalah dalam saingan Liga Super.

Malah tahun lalu juga, Tok Gajah juga menjadi satu-satunya pasukan yang gagal menyekat nafsu Harimau Selatan untuk meraih mata penuh apabila dua perlawanan Liga Super sesama mereka berakhir dengan keputusan seri.

Oleh itu tidak keterlaluan jika diandaikan skuad Tok Gajah mempunyai nafsu untuk memperoleh kemenangan dalam pertemuan pada Rabu depan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

1579386

Selain Johor, Pahang juga antara pasukan yang belum pernah mencatat kekalahan dalam Liga Super musim ini.Facebook Sri Pahang FC

Biarpun bermain di tempat lawan, semangat Pahang tetap tidak luntur dengan meletakkan harapan tinggi dengan setidak-tidaknya berkongsi mata.

Perkara itu juga diakui sendiri oleh Ketua Jurulatih Fandi Ahmad yang sanggup menggunakan taktikal 'parking treler' untuk memastikan JDT berputih mata untuk meraih tiga mata penuh di laman sendiri.

Malah keyakinan Fandi ternyata berasas dan mendapat sokongan peminat yang berharap agar Tok Gajah dalam menjelmakan hasil yang diharapkan dalam pertemua getir itu.

“Hati-hati, Pahang pernah menang besar dengan JDT di tempat lawan. Masih ingatkah sejarah hitam JDT. Tidak berkemungkinan sejarah akan kembali,” kata Hazrul Anuar.

“Pahang dan Johor bersaudara,” kata Ali Zam.

“Jangan pandang sebelah mata, team Pahang paling tidak pun dapat seri sudah cukup. Jangan bagi muka dengan JDT,” kata Khairul Azmin.

Untuk rekod JDT berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama Liga Super dengan catatan 11 kemenangan tanpa kalah sementara Pahang merekodkan tujuh kemenangan dan empat seri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram