Pastikan kekal pakar ‘free kick’ sebelum TFC rombak bahagian serangan 


  • Podium
  • Ahad, 21 Mei 2023

Kejayaan Sony melakukan tendangan percuma dengan 'bergaya' memberikan saingan kepada pasukan lain. — Facebook Terenganu FC 

MEMBERIKAN saingan sengit kepada pasukan Sabah FC, skuad Sang Penyu berjaya mendapatkan kedudukan seri 2-2 dalam pertemuan di Stadium Likas pada Jumaat.

Tentu sahaja kejayaan membanggakan itu membuatkan nama penyerang Sonny Norde jadi sebutan.

Terengganu yang berada pada kedudukan ketujuh Liga Super musim ini bagaimanapun tidak goyah dengan asakan Sabah.

Tidak hanya itu, Sony turut digelar sebagai pakar tendangan percuma atau free kick.

348231186_209342431894044_488805893117547112_n

Sonny menjadi tunjang harapan buat TFC untuk meraih kejayaan menerusi tendangan percuma. — Facebook Terenganu FC

Masakan tidak, hanya dengan sekali tendangan, Sonny berjaya merapatkan mata jaringan pada minit ke-45 dan 93.

“Terengganu FC (TFC) sudah ada free kick specialist. Teruskan bagi Sony ambil tendangan.

“Cuma bola corner (tendangan sudut) banyak bazir. Payah nak gol. Perlu ambil elok-elok dan banyakkan lagi training,” kata Penyu Nelang.

“Kita ini bukan kalah yang sebenar tapi belum ada tuah. Game hari ini membuktikan yang TFC mungkin belum di prestasi sebenar.

“Perlu ambil masa betul-betul untuk serasi. Sayangnya tiada rezeki asbab kita tidak teknikal depan gol,” kata Muhammad Syahir.

348295965_917140636213263_3796782762812947455_n

TFC perlu melakukan rombakan terhadap pemain agar lebih mantap terutama ketika melakukan tendangan sudut. — Facebook Terenganu FC

Melihat kepada prospek yang dimiliki, TFC perlu mengekalkan posisi Sonny untuk mengambil tendangan percuma.

Bagaimanapun pasukan tidak boleh terlalu meletakkan harapan kepada Sonny semata-mata kerana bimbang pemain berasal dari Haiti itu tidak mampu konsisten.

“Kalau Sonny power, dia boleh ajar skill dekat kawan-kawan supaya semua team power. Tak boleh harap dia seorang sebab nanti bila tendangan tidak menjadi dia pula yang kena maki,” kata Terros Diz.

“Sony boleh kekal, tetapi pemain lain perlu ada rombakan sebab nampak macam tidak serasi,” kata Mukriz Zainal.

Selepas peroleh mata seri dengan Sabah, TFC akan bertemu dengan Penang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Mei depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram