Selepas Arif Aiman, seorang lagi penyerang JDT diharap muncul pemain terbaik April


  • Podium
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Pemain tengah JDT itu dijangka bakal membawa pulang gelaran Pemain Terbaik Liga Super PFAM edisi April 2023.

PEMAIN yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan tentu sahaja akan mendapat habuan atas usaha masing-masing.

Begitu juga dengan pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Leandro Velazquez yang dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM edisi April 2023 anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM),

Sementara itu empat calon lain pula ialah Ayron del Valle (Selangor FC), Hassan Ali Saad (Penang FC), Stefano Brundo (Sri Pahang FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City).

01-Pencalonan-April

Senarai pencalonan Pemain Terbaik Bulanan PFAM edisi April 2023.

Sepanjang lapan kemunculan dalam Liga Super, Velazques berjaya membuat liga jaringan dan dua bantuan jaringan dengan 113 minit masa perlawanan.

Pemain berusia 34 tahun itu turut membuat satu penampulan di Piala FA dan berjaya satu jaringan dengan catatan 90 minit masa permainan.

Pencalonan itu tentu sahaja membuatkan penyokong JDT bersorak gembira.

“Tengok cara game pun dah tahu siapa boleh menang. Come on LV,” kata John Lee.

FWBTyG7akAAUAgB

Leandro Velazquez

“Nama pasukan pun main peranan juga. Kalau dah JDT tercalon, memang boleh menanglah,” kata Siti Kuntum.

“Mantap, harap kita akan peroleh kemenangan yang pertama,” kata Nafizuddin.

“Nampak gaya boleh menang,” kata Rahmat Munir.

Untuk info, senarai pendek pemain setiap bulan akan dipilih berdasarkan keputusan penilaian lima orang panel yang terdiri dalam kalangan wartawan bola sepak daripada pelbagai agensi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram