SELEPAS mengalami kecederaan serius pada April, pemain sayap Perak FC, Seo Seon-ung kini dikhabarkan sudah bersedia untuk menabur bakti dalam baki saingan Liga Super musim ini.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Facebook TBG Super Fan’s yang memaparkan video Seon-ung menjalani sesi latihan.
Umum mengetahui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin sering menggunakan akaun Facebook tersebut untuk berkomunikasi dengan penyokong.
'West Ham United ni kuat juga ekk.. Selamat pagi semua. So kita ambil semangat West Ham untuk game 20 Mei ni, InsyaALLAH," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Ditanya tentang stats Seon-ung, Bobie berkata, pemain kelahiran Korea Selatan itu sudah mula menjalani latihan mulai Ahad lalu bersama Sunday Afolabi.
Dalam pada itu, penyokong mula meluahkan rasa gembira dan tidak sabar melihat ledakan pemain Korea Selatan itu di atas padang.
“Dah mula latihan dengan pasukan mulai semalam,” kata Shahrol Rizal.
“Pemain yang rajin atas padang, semoga cepat sembuh dan dapat balik bermain seperti biasa,” kata Stephen Chow.
Seo Seon-ung — Perak FC
“Wajib main Seo 20 hari bulan nanti,” kata Agusswani Abdul Halim.
“Kasi pecah nanti nanti Selangor, kita sudah sedia,” kata John Santes.
Pemain sayap berusia 23 tahun itu menjadi sandaran utama Perak dalam semua perlawan Liga Super setakat ini serta muncul penjaring terbanyak kelab dengan 3 gol sebelum mengalami kecederaan.
Perak dijadualkan bertemu dengan Selangor FC di Stadium Perak pada 20 Mei depan.
Perak kini berada pada kedudukan ke-11 dengan pungutan sembilan mata sementara Selangor di posisi kedua meraih 22 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram