Bakat Faisal Halim disebut pencari bakat global, ada pula tanya mana Arif Aiman


  • Podium
  • Selasa, 02 Mei 2023

Faisal Halim dikatakan tidak lagi patut beraksi dalam Liga M kerana memiliki potensi untuk menyertai liga di Eropah.

PAKAR pencari bakat (scout) dari kelab bola sepak Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), EPC menyifatkan penyerang Selangor FC, Faisal Halim sebagai pemain bertaraf antarabangsa.

Kenyataan itu disuarakan dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang turut memberitahu pihaknya bakal berada di Malaysia bermula 27 Jun hingga 30 Jun depan.

Program selama tiga hari itu bertujuan untuk mencari bakat pemain yang berpotensi untuk mendapatkan latihan di Dubai sekali gus menjadi pemain bertaraf dunia.

Dalam kenyataan pencari bakat terbabit, dia mengatakan ‘pakaj lengkap’ yang dimiliki pemain berusia 25 tahun itu mempunyai peluang luas untuk melebarkan sayap menyertai liga di Eropah.

majoriti2023 (8)

Tangkap layar video pakar pencari bakat EPC yang mengatakan Faisal Halim antara contoh pemain yang berkualiti di Malaysia.

“Faisal Halim seorang pemain yang hebat dengan kaki kanan yang kuat. Dia bermain dengan jersi no.7. Dia hebat pada bahagian sayap dan bijak mengambil peluang. Mampu bergerak dengan pantas.

“Dia bijak dan cepat. Ini yang kita harapkan dapat ditemui di Malaysia. Pemain Asia terkenal dengan fizikal kecil dan lincah.

“Ciri-ciri seperti ini yang kita mahukan dalam diri pemain. Mereka ini akan dilatih di Dubai dan mampu meneroka kerjaya di Eropah,” jelasnya.

Begitupun, pengguna media sosial mempersoalkan EPC yang seolah-olah 'terlepas pandang' kehebatan penyerang Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Arif Aiman yang tidak disebut.

“Adakah anda tidak mengenali Arif Aiman?” kata Mizang.

majoriti2023 (9)

Faisal Halim dikatakan mempunyai pakej lengkap dan layak untuk menyertai liga di Eropah.

“Arif Aiman sebab jarang wakil Malaysia. Sebab itu nama kurang,” kata AMVDAL.

“Nak sangat tengok Arif Aiman bila main Malaysia dia hebat macam dekat JDT. Faisal Halim dia memang terbaik bila main kelab dengan Malaysia,” kata Shfiq Mss.

“Tak boleh kalau tidak puji pemain JDT. Auto penuh warga J sebut Arif,” kata Paih KAHAU.

Dalam pada itu, EPC turut mempersoal mengapa Faisal Halim masih bermain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Untuk rekod, seramai 300 pemain dijemput untuk hadir ke sesi uji bakat tersebut sementara 100 pemain akan diuji setiap hari sebelum dipilih menyertai EPC di Dubai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram