Perlu rombak untuk menang, fans letak 3 legenda skuad Jang sebagai KPI buru penyerang baharu


  • Podium
  • Rabu, 19 Apr 2023

Penyokong mengharapkan NSFC berjaya memperoleh tiga mata dalam aksi Liga Super menentang Perak pada Rabu. — Facebook/Negeri Sembilan Football Club

KURANG beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam di serata dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitiri sekali gus sibuk membuat persiapan untuk berhari raya.

Namun tidak bagi skuad Jang yang perlu membuat persiapan untuk bertemu dengan pasukan Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada Rabu.

Memandangkan perlawanan tersebut dilakukan hampir dengan Hari Raya Aidilfitri, penyokong rata-rata mengharapkan pasukan kesayangan mereka berjaya memungut tiga mata di tempat lawan.

Dalam pada itu, mereka turut mengharapkan jurulatih K.Devan untuk melakukan perubahan taktikal kepada corak permainan terutama bahagian serangan.

Berdasarkan senarai penyerang Negeri Sembilan FC (NSFC) di data transfermarkt, majoriti penyerang sedia ada hanya berjaya menjaringkan satu gol.

341514616_1392370441304931_1952805119540795565_n

Bahagian penyerang NSFC perlu memiliki strategi baharu untuk meraih kemenangan. Facebook Negeri Sembilan Football Club

Terdapat juga beberapa nama yang popular seperti Zaquan Adha tidak memberikan sebarang sumbangan jaringan menerusi empat penampilan.

Melihat kepada situasi tersebut, tentu sahaja K.Devan perlu mempunyai strategi baharu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Kata duduk dekat bahagian penyerang, tapi mana serangannya,” kata Kalis Kecam di Facebook Negeri Sembilan Football Fan Club.

Menerusi media sosial yang sama, ada yang mengharapkan agar gandingan pemain import setaraf legenda penyerang import terdahulu seperti Jose Irritate, Christian Bekamenga dan Jean Emmanuel Effa Owona.

Striker tumpul Jang oi. Lepas ini cari import macam Bekamenga, Jose Irritate dan Effa Owona. Macam itu baru betul,” kata Shaiful Nizam Osman.

“Kalau kata ada pemain lain lagi bagus untuk ambil posisi penyerang. Boleh ganti je orang lain,” kata Syed Ahmad Yahya.

Bagaimanapun berbeza dengan import Brazil, Casagrande atau Anselmo Arruda de Silva yang berjaya menyumbang jaringan tiga gol dengan dua bantuan gol sepanjang tujuh penampilan di Liga Super setakat ini.

Untuk rekod, selepas pertemuan dengan Perak, NSFC akan bertemu dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada 28 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram