Bersinar di Piala FA, otai Sang Badak sepertinya sedia turun gempur kubu TRW


  • Podium
  • Isnin, 17 Apr 2023

Penyokong mengharapkan Sabah dapat menurunkan Baddrol sekali gus menewaskan TRW di Stadium Likas 19 April nanti. — Facebook Football Club 

KEMENANGAN Sabah FC dalam saingan Piala FA membuka mata ramai pihak tentang kelibat pemain senior pasukan itu, Baddrol Bakhtiar.

Manakan tidak, setelah sekian lama tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama, Baddrol dilihat sekadar memanaskan bangku simpanan dan masuk sebagai pemain gantian dalam lapan perlawanan Liga Super musim ini.

Cumanya, dalam perlawanan Piala FA menentang Kelantan United pada Sabtu, bekas kapten Kedah itu akhirnya turun sebagai tonggak utama pasukan dan ternyata percaturan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee berhasil.

Baddrol pantas mengingatkan penyokong dan peminat bola sepak tanah air bahawa kudratnya masih berbisa apabila menyumbat gol pembukaan seawal minit ke-13.

Skuad Sang Badak menang selesa untuk mara ke pusingan suku akhir piala tersebut dan akan bertemu Kuala Lumpur City.

Persembahan Baddrol itu ternyata mencuri tumpuan penyokong skuad yang berpangkalan di Borneo itu.

341693648_1417567875666941_8968738511751017360_n

Baddrol dengan mengenakan jersi nombor 7 (tiga dari kanan) dianggap sebagai nadi buat Sabah untuk menang mengalahkan TRW. — Facebook Football Club

“Dia memang boleh bawa bola. Sekejap saja sudah ada depan pintu gol,” kata John Martin.

“Pandai kawal bola. Passing (hantaran) pun kemas, harap Baddrol boleh bagi khabar gembira buat Sabah nanti. Yang kalah hari itu, hari ini yakin boleh menang,” kata Ahmad Malek.

"Separuh masa pertama sudah shoot satu. Nanti masa kedua pula bagi lagi," kata Siti Azwa.

"Admin sudah share gol separuh masa pertama, nanti share juga berapa gol untuk masa kedua. Kapten Badd memang terhebat," kata Budak Legend.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diberi perhatian pemain Sabah. Bahkan prestasi Sabah turut dikatakan semakin menurun selepas tewas dengan JDT 4-0.

338411924_899989907886519_5306380698686959929_n

Sebagai pemain senior, Baddrol (tengah) diharapkan dapat membantu Sabah dari segi kekuatan fizikal dan mental. — Facebook Football Club

Penyokong mengharapkan agar barisan pemain bukan sahaja memiliki kekuatan fizikal, tetapi mental juga perlu berada pada tahap yang baik.

“Lepaskan apa yang sudah lepas. Biarkan ia berlalu. Teruskan bersemangat. Tunjukkan kekuatan,” kata Mark Low.

“Pemain main macam berat badan saja. Aku pun berat hati nak sokong. Kalau boleh Darren Lok direhatkan buat seketika kerana masih belum nampak sumbangan,” kata Wan Tuna.

Untuk rekod, selepas pertemuan Sabah dengan TRW pada 19 April depan, skuad Sang Badak kemudian akan bertemu pula dengan Selangor pada 27 April di Stadium Likas.

Dalam perkembangan lain, Sabah yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam Piala FA apabila berjaya mendapat tempat ke peringkat suku akhir menentang Kuala Lumpur City FC pada 28 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram