Naturalisasi 3 bintang import jadi idea kreatif fans TFC kukuhkan jentera serangan


  • Podium
  • Sabtu, 08 Apr 2023

Terengganu dijangka mempamerkan prestasi cemerlang di gelanggang sendiri ketika menentang Kuching FC pada Ahad. — Facebook/TFC

SELEPAS bermula hambar, Terengganu FC (TFC) semakin mendapat rentak apabila mengutip 10 mata selepas tujuh aksi Liga Super setakat ini.

Memperoleh dua kemenangan berturut iaitu 2-1 berdepan Kelantan United manakala ‘temasya’ gol ketika menentang The Red Warriors 5-0 di gelanggang sendiri dalam dua aksi terakhir Liga Super juga meredakan tekanan dalam kalangan penyokong Sang Penyu.

Kemenangan itu membuatkan penyokong bertambah yakin skuad Penyu mampu menewaskan Kuching FC pada perlawanan akan datang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada Ahad.

339253849_1329847354261113_8321321188782026269_n

Penyokong mengharapkan Terengganu dapat memberikan prestasi cemerlang lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.

Penyokong mengharapkan peluang bermain di tempat sendiri akan memberikan lebih ‘keselesaan’ kepada pemain untuk beraksi dengan cemerlang.

Tidak hanya itu, penyokong turut mengharapkan agar tiga nama pemain import dapat diberi status naturalisasi untuk terus setia dengan Terengganu.

Perkara itu secara tidak langsung dihat mampu memperkukuhkan jentera serangan sekali gus memberikan lebih keyakinan.

Pandangan tersebut diluahkan penyokong di Facebook Terengganu FC yang tidak sabar menyaksikan perlawanan menentang Kuching pada Ahad.

“Misi win streak bermula, especially di rumah kita,” kata Abdul Hafiz.

339980357_1226183711367295_4967725938498396647_n

Ivan Mamut antara nama yang disebut untuk diberi peluang pemain naturalisasi TFC.

“Pelan-pelan (perlahan) kayuh. TFC semakin mendaki carta Liga Super,” kata Mat Hussien.

“Minta boleh standby naturalisasi. Kalau TFC tak buat, mungkin team lain sambar. Gandingan mantap Mintah (Jordan Mintah), Mamut (Ivan Mamut) dan Adisak (Adisak Kraisorn) terbaik,” kata Mohd Fadzil Ah Talib.

“Setuju juga. Siapa tahu kot TFC boleh jadi skuad digeruni dari Pantai Timur,” kata John Ali.

Dalam pada itu, biarpun masih terlalu awal untuk diperkatakan, penyokong turut meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan Terengganu menentang peneraju liga, Johor Darul Takzim.

Meskipun perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Jun, namun penyokong mengharapkan kemenangan berpihak pada Terengganu memandangkan ia berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram