PERTEMUAN Kedah Darul Aman (KDA) menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur antara perlawanan sengit apabila kedua-dua saling berebut untuk mendapatkan itga mata penuh.
Bermain di padang sendiri, Sri Pahang mudah saja mendapat suntikan semangat daripada penyokong yang menjadikan mereka lebih bersemangat.
Bagaimanapun, peluang Kedah yang berjaya mencuri mata pada saat akhir itu secara tidak langsung mematikan harapan Pahang untuk mengutip mata penuh apabila perlawanan itu berkesudahan seri 1-1.
Mengulas mengenai perlawanan yang dipamerkan, seorang penyokong bola sepak tempatan, Hafiz Mansor mengatakan Kedah bernasib baik kerana berjaya ‘merompak’ satu mata di Darul Makmur.
Menampilkan prestasi kurang cemerlang, gol yang dijaringkan oleh Jonathan Balatelli pada minit-minit akhir perlawanan dianggap tuah buat peminat hijau kuning.
Kedah terpaksa menerima keputusan seri 1-1 dengan Pahang.
“Separuh masa pertama, Kedah menguasai serangan dengan membuat hantaran pendek satu per satu.
“Keadaan tersebut memaksa Pahang menurunkan garisan permainan mereka dan melakukan serangan balas apabila memiliki bola,” jelasnya.
Ketiadaan Lee Tuck dalam perlawanan itu sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan Manuel Hidalgo dan Willian Lira.
“Terlalu lama memegang bola dan tidak cepat membuat hantaran antara hal perlu diberi perhatian.
“Kekemasan dalam kawalan bola juga agak kurang sehingga menyebabkan mudah diambil oleh pihak lawan,” katanya.
Lebih dramatik, kehadiran Lira atas padang sebagai penyerang Kedah dilihat tidak memberi impak kepada pasukan di bawah kendalian Nafuzi Zain.
Kegagalan pemain Kedah mengawal bola dan kerap melakukan kesilapan membuatkan mereka tidak mampu mendapatkan mata yang lebih baik.
Walaupun ada melakukan beberapa cubaan, namun hal itu masih belum cukup untuk penyokong Kedah.
“Permainan Lira masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan meskipun sudah memasuki perlawanan keenam. Bahasa mudah dia tidak berada di tempat yang betul pada masa yang betul.
“Bahagian tengah dan atas sehingga mendedahkan pertahanan dengan risiko counter attack lawan,” jelasnya.
Ringkasan daripada itu, terdapat beberapa kesilapan yang menyebabkan pasukan gagal peroleh mata selesa. Malah tendangan penalti yang diterima Pahang disebabkan kesilapan mudah iaitu bola terkena tangan pemain.
Kesilapan mudah pemain sebenarnya merencatkan permainan Kedah khususnya pada separuh masa kedua.
Pemain hilang fokus dan banyak memberi ruang kepada lawan untuk mengatur asakan demi asakan di depan pintu gawang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram