KEHEBATAN pemain tengah, Danial Amier pernah menjadi sebutan apabila dia berada dalam senarai pemain Harimau Malaya (HM).
Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini bermain dengan Felda United itu kemudian berhijrah ke Johor Darul Takzim (JDT) II sejak 2020.
Danial Amier juga pernah mencatat kejayaan apabila berjaya membuat satu jaringan dengan 20 kemunculan dalam Liga Super termasuk 937 masa permainan atas padang.
Dia yang mesra dengan nama panggilan Boy itu dahulu menjadi antara sebutan dan dianggap tonggak utama Felda United dan JDT II.
Perkongsian OnefootballM yang menyuarakan ke mana hilangnya pemain HM yang pernah menjadi kebanggaan dahulu.
Namun, setelah sekian lama sinar kegemilangan Danial Amier dilihat semakin suram. Bahkan namanya juga seperti sudah semakin dilupakan.
Selain dirinya, terdapat dua lagi pemain lain yang turut beraksi dalam HM, tetapi dilihat seperti sudah hilang dari radar.
Menurut perkongsian di Twitter, OnefootballM, penyokong 'memetik' nama Adib Zainuddin dan Adam Nor Azlin sebagai pemain yang semakin dilupakan.
"Dua pertahanan berpengaruh suatu ketika dahulu di Malaysia U23 sebagai kapten kini bermain di Piala MFL dan jarang diturunkan di skuad utama," katanya.
Kedua-duanya saling mencatat kerjaya masing-masing dan penyokong mengharapkan agar diberi peluang untuk dimasukkan dalam senarai skuad utama.
"Mungkin boleh bagi peluang untuk tunjuk bakat lagi," kata whattosay.
"Masing-masing ada pandangan tersendiri. Harap boleh beri lagi masa untuk tunjukkan mutu permainan," kata AmLirul Lran.
Adib Zainuddin
Adib Zainuddin, 28, awalnya bermula dengan kelab UiTM FC dalam Liga Perdana.
Selang beberapa tahun kemudian, Adib Zainuddin mengorak langkah cemerlang dengan menyertai kelab Felcra FC (pinjaman) sebelum menyertai JDT II.
Hampir empat tahun menyarung jersi Harimau Selatan, Adib Zainuddin kini bersama Terengganu FC sejak 2021.
Bagaimanapun kelibatnya atas padang seperti menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong disebabkan menurut data transfermarkt, tidak dicatatkan maklumat mengenai penampilan dan minit permainan.
Adam Nor Azlin
Sementara itu, bagi Adam Nor Azlin, 27, yang dahulunya bermain untuk pasukan Selangor FC sebelum berpindah ke JDT dan kemudian ke JDT II (pinjaman).
Penampilan terbaharu Adam Nor Azlin selaku kapten skuad JDT II dapat dilihat berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan dalam perlawanan Kumpulan A Piala MFL menentang Sabah.
Perlawanan di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram