Insiden Goulon-JDT bakal berulang? Fans NSFC gusar menjelang aksi bertemu Selangor


  • Podium
  • Selasa, 04 Apr 2023

Penyokong meletakkan harapan agar skuad Jang Hobin dapat meraih tiga mata menentang Selangor pada Selasa.

KEJAYAAN Negeri Sembilan FC (NSFC) mencatat kejayaan menewaskan Terengganu FC 2-1 dan Kelantan FC 4-2 menjadi pembakar semangat penyokong terhadap skuad Jang Hobin.

Biarpun berjaya meraih kemenangan, namun terdapat beberapa perkara yang masih mencetuskan kebimbangan terhadap pasukan kendalian K.Devan itu.

Keadaan itu ditambah apabila ada penyokong yang mempersoal tentang tahap kesihatan Herold Goulon dan Sikh Izhan Nazrel.

Bagaimanapun, Sikh Izhan dipercayai berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan di kepala.

ezgif-5-3360ef86c4

Sikh Izhan

Penjaga gawang berusia 20 tahun itu terpaksa diusung keluar padang selepas cedera akibat bertembung dan terkena kasut pemain Penang FC dalam perlawanan pada Februari lalu.

Bagaimanapun penyokong mempertikai tentang kecederaan yang dihidapi Goulon kerana sebelum ini dia dikatakan hilang daripada radar ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) awal Mac lalu.

Ada yang menyifatkan ketiadaan Goulon itu menjadi antara penyebab NSFC tewas 0-7 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Pandangan itu disuarakan penyokong di Facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan.

ezgif-5-10be77a92c

Herold Goulon

Situasi itu lebih mendebarkan apabila NSFC akan bertemu dengan Selangor di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, Selangor dalam perlawanan Liga Super pada Selasa.

"Harap kali ini jangan hilang lagi. Tolong team untuk menang," kata ultramanM.

"Bagi la 100 gol pun, mata tetap kira 3 juga. Jadi cukup dapat 1 gol pun jadi," kata whattosay.

"Cakap saja la player ini pinjaman team lain. Tiba-tiba cedera pula," kata Azam Zamani.

"Sikh Izhan tidak boleh main lawan dengan Selangor atas status pinjaman," kata Ganesh Kumar.

Sikh Izham berkemungkinan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Selangor jika terdapat syarat yang menghalangnya beraksi kerana status pinjaman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram