Bukan takat raih mata, kehadiran Nafuzi juga bawa dimensi baharu skuad Hijau Kuning


  • Podium
  • Sabtu, 25 Mac 2023

Penyokong berpendapat kehadiran Nafuzi Zain banyak membantu KDA untuk meningkatkan kedudukan pasukan ke tangga teratas. — Facebook Kedah Darul Aman FC

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC yang kini berada pada kedudukan ketiga Liga Super musim ini menyaksikan perbezaan dua mata dengan jaguh Harimau Selatan.

Tentu sahaja angka itu bukan satu tentangan sukar buat skuad Hijau Kuning untuk terus mara dan memberikan tekanan kepada dua pasukan teratas iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Sabah FC.

Tidak kurang itu kehadiran ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang optimis melakukan beberapa transformasi dilihat memberi impak positif kepada pasukan.

1993155

Penyokong mengharapkan Lira mendapat latihan khusus bagi memantapkan tentangan sebagai penyarang KDA. — Facebook Kedah Darul Aman FC

Melihat kepada itu, penyokong menyuarakan pandangan mereka dengan mengatakan perubahan terhadap stamina pemain.

Tiada lagi istilah situasi pemain ‘pancit’ melainkan rata-rata mula mempamerkan kemampuan berbeza.

“Satu benda aku nampak musim ini baik sedikit ialah kecergasan. Sebab selalunya musim lepas, selepas minit 70, sudah mula pancit. Kali ini minit 80 masih lagi bertenaga,” kata Khairun Nuha di Facebook Kedah Darul Aman FC.

“Berbaloi la jurulatih baru. Harap ini boleh bagi lebih kekuatan untuk naik ke tempat pertama,” kata Ali Edy.

337850767_170002849210237_5711927600062800655_n

Kehadiran Nafuzi di KDA dikatakan mempamerkan perubahan luar biasa kepada pasukan itu. — Facebook Kedah Darul Aman FC

Selain itu penyokong turut memberikan perhatian kepada kepada penyerang William Lira.

Kemunculannya menerusi lima perlawanan pada musim ini sering mendapat kecaman ekoran gagal memberikan saingan ‘tajam’ pihak lawan.

Mereka mengharapkan agar KDA mempunyai starategi baharu dan latihan intensif ke atas pemain berasal dari Brazil itu.

“Kena bagi lebih latihan pada Lira. Untuk ringankan kaki dia. Berat sangat nak angkat dan kawal. Shoot sekali ke langit,” kata John Zhen Li.

“Lira kena asah bagi tajam serangan tu,” kata Mohd Azlan Juhari.

KDA yang menang bergaya menentang Kuching FC 3-0 bakal berdepan dengan Sri Pahang FC pada 1 April depan di Stadium Darul Makmur, Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram