SELANGOR FC yang tewas dalam pertembungan dengan Johor Darul Takzim (JDT) 0-4 tidak dinafikan secara sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyokong.
Hal itu terutamanya apabila peluang bermain di padang sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor gagal memperoleh kemenangan sekali gus menghamparan ribuan penyokong yang hadir.
Biarpun gagal meraih kemenangan, namun pemain muda skuad The Red Giants, Ravinthiran Vengadesan berjaya mencuri tumpuan.
Kelincahan dan kemampuan melakukan larian dengan pantas membuatkan pemain berusia 21 tahun itu mencuri perhatian peminat sukan.
Masakan tidak, rata-rata memuji corak permainan yang ditonjolkan oleh pemain Selangor itu. Meskipun gagal, namun penyokong tetap yakin Selangor mampu untuk menempatkan diri dalam senarai tiga pasukan teratas.
Ravinthiran Vengadesan
Beberapa pengguna media sosial masing-masing meluahkan pandangan mereka di Facebook Selangor FC.
“Tidak mengapa. Fokus kepada perlawanan seterusnya. Dapat top 3 pun kira sudah terbaik. Pemain belum serasi lagi,” kata Ezwan Basri.
“Tidak mengapa. Baru kalah sekali. Bangkit lawan seterusnya,” kata IIa Amri.
“Kemunculan pertama boleh tahan. Larian juga boleh tahan. Ada kemahiran,” kata Saff-one Sapuan.
Biarpun dijulang dengan pujian, namun tidak kurang juga yang menyifatkan Ravinthiran masih belum mantap dan memerlukan banyak pendedahan.
Biarpun tewas menentang JDT baru-baru ini, penyokong tetap memberi sokongan padu pada Selangor.
Ini kerana penyokong meminta agar Ravinthiran dimasukkan untuk bermain aksi derbi Lembah Klang.
“Main biar betul-betul. Kalau setakat hendak lari-lari atas padang, baik masuk olahraga,” kata lompat katak.
“Awal-awal nampak boleh, tapi apabila sudah separuh masa kedua, dia mula nampak pancet. Lari pun dah tak kuat,” kata Rezaki Ahmad.
“Nampak macam boleh main, tapi masih perlu banyak kerja keras lagi. Mungkin bagi dia main derbi Lembah Klang,” kata Star A Nabil.
Sebelum ini Ravinthiran bermain dalam pasukan Petaling Jaya FC (PJ City) sebelum berhijrah ke Selangor FC pada Disember 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram