KEMENANGAN Sabah FC menewaskan Penang FC 5-2 dalam aksi Liga Super pada Jumaat boleh dikatakan sebagai kemenangan mudah dan sudah dijangka.
Bagaimanapun asakan dan serangan yang dilakukan serta corak permainan yang dipamerkan anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak mengundang gerun skuad pelawat yang memberikan tentangan habis-habisan sehingga masa akhir perlawanan.
Biarpun Sabah berjaya mencatat kejayaan, namun timbul suara-suara yang mengatakan salah seorang pemain import Sang Badak, Jacob Njoku tidak mempamerkan aksi memuaskan dalam perlawanan di Stadium Likas, Sabah pada Jumaat.
Penyokong mengharapkan agar pengurusan Sabah boleh membuat pertimbangan untuk meletakkan Njoku dalam senarai kesebelasan utama. — The Photoballerz
Rata-rata penyokong menyifatkan pemain dari Nigeria itu tidak ‘berfungsi' dengan baik serta kurang menyerlah di atas padang.
Malah, corak permainan yang dipamerkan membuatkan penyokong meminta agar pihak pengurusan membuat pertimbangan terhadap pemilihannya untuk masuk ke dalam senarai kesebelasan utama.
Ada juga yang membandingkan prestasi Njoku dalam perlawanan tersebut dengan Jose Embalo yang dikatakan serupa serta tidak menyumbang kepada pasukan seperti musim lepas.
“Main lebih kurang macam si Ambalo (Jose Embalo). Harap next match ada perkembangan.
Prestasi Njoku (kiri) disamakan dengan Jose Embalo.
“Tak ada bola sampai sama dia. Nampak sangat tengah Sabah lemah. Mesti ada Telmo Castanheira juga di tengah.
“Nampak macam terkejut lagi. Macam masih mamai saja dia atas padang. Mungkin nanti boleh buat penilaian semula sebab takut ‘tumpang senang’ saja,” kata penyokong di Facebook Sabah FC Fan.
Embalo sebelum ini merupakan pemain penyerang Sabah yang banyak menerima kritikan disebabkan tidak mampu untuk menjaringkan atau bantuan gol.
Ketika ini, Embalo difahamkan tidak terikat dengan mana-mana pasukan berdasarkan data dikeluarkan laman sesawang transfermarkt selepas kontraknya bersama skuad Sang Badak tamat pada Januari lepas.
Untuk rekod, Njoku yang memegang posisi penyerang itu sebelum ini menyertai pasukan Kelantan United sebelum berhijrah ke Sabah sekitar Januari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram