Pro-kontra permata import Penang FC terbongkar


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Penang masih memburu kemenangan sulung dalam aksi Liga Super musim ini.

SETELAH tewas dan seri sekali dalam dua pertembungan Liga Super, Penang FC nampaknya perlu tampil dengan strategi baharu bagi memastikan skuad Harimau Kumbang berjaya memperoleh kemenangan.

Penyokong pasti mengharapkan perkara yang luar biasa daripada pengendali pasukan, Chong Yee Fatt dengan meletakkan harapan agar Penang FC mampu meraih mata penuh, khususnya di tempat sendiri.

Selaku tuan rumah, penyokong tentunya inginkan peluang tiga mata berjaya diraih dalam pertembungan dengan Selangor FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Melihat kepada itu, penyokong inginkan Yee Fatt agar tidak mengabaikan pemain import yang dimiliki memandangkan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Antara kelebihan dan kekurangan yang perlu diberi perhatian yang menjadi penekanan oleh penyokong ialah penyerang kelahiran Brazil, Adriano Narcizo.

Memandangkan kemampuannya sejak awal musim lalu, penyokong sudah memberikan beberapa sebab untuknya dijadikan sebagai tonggak buat skuad Harimau Kumbang.

1971911 (1)

Adriano Narcizo

Kelebihan

1. Berpengalaman dalam Liga Malaysia

Musim ini merupakan musim ketiganya dalam Liga Super selepas sebelum ini pernah berkhidmat bersama Melaka United untuk dua tahun.

Jadi, ia pasti satu kelebihan buat Adriano bagi membantu Penang FC memandangkan pasukan berkenaan dibarisi pemain import baharu ketika ini.

Walaupun perkara tersebut tidak memainkan peranan penting, pengalamannya dalam berdepan benteng pertahanan Liga Super yang terkenal dengan kekasaran mereka.

2. Kemahiran sebagai perancang

Meskipun lebih kerap diturunkan sebagai penyerang secara bersendirian, pemain kelahiran Brazil itu juga boleh beroperasi sebagai pemain tengah.

Perkara tersebut pastinya satu kelebihan bagi Yee Fatt yang ketika ini memiliki pemain import, Soony Saad dengan bakatnya mula disedari.

Jadi, kebolehannya untuk beraksi sebagai pemain tengah menyerang merupakan satu kelebihan dengan dia cukup terkenal dalam melakukan lorongan bola.

Tambahan pula, keserasaiannya bersama rakan sepasukan mula terserlah selepas dia diletakkan dalam kesebelasan utama ketika kesemua aksi Liga Super 2023.

Kelemahan

download

Chong Yee Fatt

1. Tumpul di hadapan pintu gol

Seperti dinyatakan di atas, Adriano sudah diturunkan dalam tiga perlawanan, namun hanya diturunkan sebagai pemain tengah yang sedikit tidak sesuai dengannya.

Bagaimanapun, perkara tersebut sedikit sebanyak merencatkan statistiknya di hadapan pintu gol apabila dia masih memburu jaringan peribadi pertamanya musim ini.

Jadi, dengan penyokong masih belum berpuas hati dengan kualiti jentera serangan Harimau Kumbang, terdapat kemungkinan bahawa pemain berusia 28 tahun itu bakal digugurkan.

Persoalannya, adakah Yee Fatt akan terbuka untuk mengambil keputusan berkenaan memandangkan mereka tidak memiliki pemain lain dengan kemampuan sepertinya.

2. Struktur fizikal kecil

Berdasarkan pemerhatian dalam konteks bola sepak tempatan, Adriano boleh dikategorikan sebagai import dengan tubuh badan kecil.

Kekurangan tersebut pasti memberi impak terhadap kemampuannya di atas padang apabila dia sukar untuk menerima bola tinggi daripada rakan sepasukan.

Namun, dia juga menggunakan perkara itu dengan bijak dengan dia difahamkan bijak melakukan gelecekan bagi mengelirukan benteng pertahanan lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram