Jangan ambil mudah 2 poin penting di sebalik kemenangan skuad muda Tok Gajah


  • Podium
  • Khamis, 16 Mac 2023

Sri Pahang berjaya meraih kemenangan 1-0 menewaskan Kuching City dalam aksi Piala MFL pada Rabu.

BERITA gembira buat penyokong Sri Pahang apabila skuad simpanan mereka berjaya memperoleh kemenangan 1-0 menentang Kuching City di Stadium Darul Makmur, Pahang dalam perlawanan Piala MFL pada Rabu.

Biarpun secara mata kasar corak permainan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan banyak tendangan lambung, namun tendangan Nasyarullah Zaki pada minit kesembilan berjaya membuahkan hasil.

Ketika itu, tiada siapa sangka sepakan itu mampu menuju terus ke dalam gawang dan mengelirukan penjaga gol Kuching, Wan Azarie.

Sehingga tamat perlawanan, cubaan pasukan pelawat untuk mendapatkan gol penyamaan tidak kesampaian.

Kemenangan 1-0 itu bagaimanapun masih belum cukup untuk memuaskan hati penyokong yang menyifatkan jurulatih, Shahrulnizam Sahat perlu memberi penekanan kepada dua perkara.

336305276_1571672299984974_977934269137253486_n

Bilangan pemian yang mengalami kekejangan otot dilihat menjejaskan mood penyokong.

Hal pertama yang ketara ialah terlalu ramai pemain mengalami kekejangan otot sehingga menjejaskan prestasi persembahan perlawanan.

Insiden itu secara tidak langsung menggangu tumpuan penyokong selain mempamerkan imej kurang profesional.

“Ramai sangat yang mengalami kekejangan. Tiada fitness coach ke?

“Ramai yang cramp. Patutnya boleh 3-4 biji gol,” komen penyokong di Facebook Sri Pahang FC.

336043819_1366234257469430_1000872545103490379_n

Diharapkan skuad Tok Gajah memberi perhatian terhadap dua perkara yang dibangkitkan penyokong.

Selain itu, keadaan padang turut mencuri perhatian. Rata-rata meminta agar rumput padang diperbaharui.

“Sebelum tukar coach, tukar padang dulu. Teruk sangat bila garisan padang pun nampak keliru,” ujar pengguna media sosial.

Untuk rekod, hanya padang Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu dan Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang menggunakan rumput jenis Bermuda Princess 77 dan Zeon Zoysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram