PEMAIN import Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes tidak menunggu lama menjadi pemain kesayangan penyokong fanatik skuad The Red Warriors (TRW).
Sudah beraksi lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, pemain pertahanan yang lebih dikenali sebagai Cifu itu sudah mula menunjukkan aksi yang cemerlang.
Lebih menarik lagi, pemain berasal daripada Sepanyol membantu skuad kendalian Choi Moon Sik dengan menjaringkan dua gol setakat ini.
Walaupun jaringan Cifu masih tidak membantu Kelantan FC untuk mencatatkan kemenangan, sumbangan tersebut cukup besar kerana ia akan memberi kelebihan sepanjang musim.
Kehadiran pemain berketinggian pemain berketinggian 174 sentimeter itu juga dilihat sedikit sebanyak mengubah corak permainan Kelantan FC sebelum ini sekali gus dianggap sebagai watak utama kebangkitan TRW.
Cifu cemerlang bersama Kelantan FC. — Facebook/TRW
Hal ini kerana, penyokong berasakan dua penyerang import pasukan kesayangan mereka, Nuha Marong dan Ismahel Akinade masih belum konsisten dalam mencari rentak dalam saingan domestik.
Malah, ada dalam kalangan penyokong, Mat Jusoh Mat Jusoh menyifatkan Cifu kini berada pada tahap yang setanding dengan pemain Johor Darul Takzim (JDT).
"Setaraf dengan pemain JDT," katanya.
Seorang lagi penyokong, Badrul Zaman Lepeh memuji prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut berbanding pemain import TRW yang lain.
"Cifu paling padu, paling semangat dan paling gila. Ini baru import," katanya.
Deenrowther Deen Rowther berharap agar pemain yang lain mencontohi Cifu setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama.
"Rajin mencari bola. Sentiasa mencari bola, ini yang patut ada pada setiap pemain. Contohi Cifu," katanya.
Untuk rekod, sebelum berkelana ke Kelantan FC, Cifu pernah menyertai beberapa kelab terkemuka La Liga seperti Malaga FC dan Girona FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram