Pesta penalti! Fans mahu pengadil dinobat 'Man of the match' aksi Sang Badak lawan Harimau Kumbang


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Sabah FC cemerlang merobekkan pintu gawang Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat. —Bernama

SEPERTI yang sudah dijangka, Sabah FC cemerlang merobekkan pintu gawang Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Kapten pasukan skuad Sang Badak, Park Tae-su cemerlang menyumbang gol pada minit ketiga perlawanan diikuti Darren Lok melalui sepakan penalti.

Sementara itu, skuad Harimau Kumbang mendapat jaringan sulung pada minit kelapan menerusi jaringan Soony Saad.

Memasuki babak kedua, Daniel Ting pula membuka tirai jaringan ketiga skuad Sang Badak.

Tae-sue sekali lagi menggegarkan bumi Sabah dengan menjaringkan gol keempat sekali gus meletakkan Sabah FC dalam keadaan yang selesa.

Pada minit-minit terakhir permainan, skuad Harimau Kumbang mencipta gol kedua oleh Adriano melalui sepakan penalti.

Seperti pesta penalti, Sabah pula dihadiahkan penalti pada minit ke-90 permainan. Tae-su sekali lagi dengan mudah menyempurnakan sepakan tersebut

Namun di sebalik kemenangan pasukan Sabah FC itu, kedua-dua penyokong pasukan mempertikaikan kredibiliti pengadil pada perlawanan tersebut.

Nazli Bin Omar berasakan kedua-dua pasukan sudah memberikan permainan yang terbaik namun disebabkan pengadil yang terlalu tegas menyebabkan pemain Penang FC hilang semangat.

"Penang FC main dah okay tetapi disebabkan oleh pengadil botak yang b***h, habis player jadi moral down. Sepatunya botak (pengadil) ini dikenakan tindakan," katanya.

Mohd Esa pula berkata kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang menarik tetapi mutu pengadil agak kurang.

"Game sudah cantik tetapi pengadil itu teruk. Pemain Sabah pun hilang mood. Pesta penalti tapi tidak adil untuk Penang," katanya.

Rud Van NistelRudx memberikan pendapat yang sama terhadap mutu pengadilan yang tidak adil.

"Steady Penang, keep your heads up. Saya penyokong Sabah pun tak best tengok game malam ini. Game 1-1 tadi baik dah tetapi pengadil bunuh game.

"Masa tambahan sampai ke penalty sudahnya, dah mcm main final. Harap tadi Rizal buat fairplay tak bagi masuk bola. Kualiti pengadilan dan fairplay bola sepak kita masih level liga kampung," tulisnya.

Xavier Don turut meluahkan rasa kecewa melihat mutu pengadilan pada perlawanan tersebut.

"Pengadil itu boleh bagi gelaran 'Man of The Match' pada malam ini. Sikit-sikit penalti, ini game bola. Bukan penalti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram