Patut disebut-sebut, rupanya ini permata baharu fans di Darul Makmur


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Sri Pahang FC menang mudah mengalahkan skuad The Bos Gaurus 3 - 0 pada Khamis. — Facebook

BARU saja menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim ini, pemain import Stefano Brundo tidak menunggu lama untuk menunjukkan prestasi sebenar di atas padang sekali gus menjadi pemain 'favourite' penyokong setakat ini.

Walaupun kali pertama beraksi di luar Amerika Latin, Brundo kelihatan serasi dan tidak berasa kekok untuk beraksi dalam Liga Malaysia.

Walaupun beraksi sebagai pemain pertahanan, figura berketinggian 1.91 meter itu menerima pujian penyokong fanatik kerana mampu membuka peluang untuk mencetak gol dalam beberapa perlawanan.

Ini terbukti apabila pemain berasal dari Argentina itu merekodkan tiga gol dalam perlawanan Liga Super dan satu sepakan penalti sewaktu pusingan pertama Piala FA 2022 menentang pasukan Perak FC pada awal Mac lalu.

Walaupun skuad Tok Gajah baru mengharungi lima perlawanan musim ini, Brundo menjadi antara taruhan penyokong Sri Pahang untuk mematahkan serangan daripada pihak lawan.

bru07_1673096927

Walaupun beraksi sebagai pemain pertahanan, Brundo mampu mencetak gol dalam beberapa perlawanan. —Facebook

Laman Facebook penyokong Hogoh Pahang Hogoh menyifatkan Brundo adalah seorang pemain yang bagus dan lebih versatil musim ini berbanding musim lepas.

"Jarang orang post tentang Stefano Brundo, pemain ini amat bagus apabila dibenarkan meninggalkan posisinya tidak seperti awal dulu kerana kita melihat kebolehannya ketika bersama pasukan lamanya," tulisnya.

Sementara itu seorang penyokong, Ju Denk turut memuji pemain tersebut.

"Mati-mati aku ingat di foward. Setiap kali bola di atas, Brundo mesti ada, bagus dia punya support dan mentaliti, " katanya.

Huzaifah Sahar pula berharap agar ketua jurulatih skuad Tok Gajah memberi peluang kepada pemain tersebut menggalas tugas sebagai penyerang pada perlawanan akan datang.

"Bagi jadi striker pun 'padu' juga ganti Lucas, penyudah tajam," katanya.

Pada perlawanan menentang Perak FC yang berlangsung di Stadium Perak, Perak pada Khamis, Brundo turut menyumbang satu gol.

Pada perlawanan tersebut, Sri Pahang FC menang mudah mengalahkan skuad The Bos Gaurus 3 - 0. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram