Bukan sahaja Azam, ini 3 lagi pemain paling setia di Liga M


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mac 2023

Kesetiaan ditunjukkan oleh Azam Azih sepanjang 10 musim menyarung jersi Sri Pahang turut dikagumi oleh para penyokong fanatik Tok Gajah.

PEMAIN Sri Pahang FC, Nor Azam Azih melakar sejarah dalam karier bola sepaknya apabila membuat penampilan yang ke-200 bersama Sri Pahang ketika perlawanan Liga Super 2023 menentang Perak pada Khamis.

Anak jati Pahang yang juga pemain kebangsaan ini masih setia bersama skuad Tok Gajah sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2015.

Kesetiaan ditunjukkan oleh Azam Azih sepanjang 10 musim menyarung jersi Sri Pahang turut dikagumi oleh penyokong fanatik Tok Gajah.

Pada masa sama, pemain yang berusia 28 tahun itu tidak berubah hati menerima tawaran daripada pasukan lain walaupun kelabnya pernah menghadapi musim yang suram sebelum ini.

Selain Azam, ada tiga lagi pemain yang setia dengan kelab dan pendirian tidak pernah berubah untuk berhijrah ke kelab baharu.

1.Ashari Shamsudin (Terengganu FC)

44950833_1186800848127669_6024636851862634496_n

Ashari Shamsudin. — Agensi

Mohd Ashaari Shamsuddin ataupun lebih dikenali sebagai The Silent Killer dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.

Dia memulakan kariernya bersama Terengganu pada 2005 sehingga 2016 dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan.

Walaupun pernah menyarung jersi skuad Tok Gajah selama semusim pada 2017 sebelum kembali ke Terengganu pada 2018.

Sepanjang bersama skuad Sang Penyu, pemain berketinggian 1.80 meter itu pernah memenangi satu kejuaraan bersama Terengganu iaitu Piala FA Malaysia 2011 menewaskan Kelantan.

Ashari yang juga pemain kebangsaan pernah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2010 dengan 18 jaringan.

Kesetiaan Ashari bersama skuad Sang Penyu terbukti apabila dia memilih untuk menamatkan kariernya bersama kelab tersebut pada usia 34 tahun.

2.Baddrol Bakhtiar (Kedah Darul Aman FC)

ALOR SETAR,2 April -- Pemain Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar ketika meraikan jaringan keduanya semasa menentang pasukan Pahang FC, pada Perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman, Alor Setar hari ini.Kedudukan semasa Kedah 3-1 Sri Pahang.-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Baddrol Bakhtiar. —Facebook

Baddrol Bakhtiar juga dianggap sebagai salah seorang pemain yang setia bersama kelab sebelum dia berhijrah ke Sabah FC pada tahun 2021.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini sudah 15 tahun ‘menyumbang bakti’ bersama bola sepak Kedah.

Mula beraksi bersama skuad Kedah pada musim 2005, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah berjaya menjulang sembilan kejuaraan utama yang mana dua daripadanya merupakan kejayaan menjuarai kempen Liga Super 2006/07 dan 2007/08.

Walaupun kini bersama skuad Sang Badak, ada dalam segelintir penyokong berasakan Baddrol akan kembali semula menyarung jersi skuad Sang Kenari suatu hari nanti.

3. Ashri Chuchu (Sarawak United FC)

244043524_10215988656868598_8956283616731274575_n

Ashri Chuchu (tengah). — Facebook

Penyerang kelab Sarawak United FC, Ashri Chuchu juga boleh dikatakan sebagai seorang pemain yang setia kepada kelab. '

Hal ini kerana, pemain berusia 30 tahun itu masih kekal bersama kelabnya pada musim ini walaupun skuad Ngap Sayot itu mengalami masalah pembayaran gaji.

Ashri mula menyertai pasukan Sarawak pada 2017 sebelum menyertai skuad Warga Kota dan kembali semula menyarung jersi SUFC pada 2021 hingga sekarang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram