Bengang tak dapat keluarkan KWSP, lelaki tergamak ugut lakukan perbuatan aib terhadap anak PM


  • Tular
  • Selasa, 14 Mac 2023

Bengang tidak dapat mengeluarkan KWSP, seorang lelaki sanggup membuat ugutan terhadap Nurul Izzah.

KETEGASAN kerajaan untuk tidak membenarkan rakyat mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyebabkan ada pihak yang tidak puas hati hingga mengeluarkan kata-kata kesat.

Malahan, tular media sosial apabila seorang lelaki sanggup membuat ugutan terhadap anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @lady_bugg pada Selasa, individu berkenaan mengugut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah ekoran keputusan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP.

"Oleh kerana tak dapat keluarkan wang KWSP marah sungguh abang ini sampai ugut mendatangkan ‘ROGOL’ pada @n_izzah.. Dear @SapuraEnergy this is your staff please take action on his behaviour. (Ini staf @SapuraEnergy, diharap tindakan dapat diambil) @PDRMsia @mcmc_report," ciapnya.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai R****n M*t A*i itu meninggalkan kata-kata berbaur ugutan tersebut di laman Facebook.

"Cadangan aku senang sahaja, kita ramai-ramai 'bergilir-gilir' Nurul Izzah tengok macam mana dia boleh terima atau tidak.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 15.28.45

Tangkap layar individu yang didakwa mengeluarkan komen berbaur ugutan pada Nurul Izzah. — Twitter

"Kita cagar duit caruman dia, cagar Izzah untuk digilir 'pakai' okay tak?," tulisnya.

Melalui maklumat yang dikongsikan pengguna Twitter itu juga, dia mendakwa lelaki berkenaan bekerja sebagai penyelam di Sapura Energy Berhad (Sapura).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berang dan mengecam tindakan lelaki tersebut dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas.

Sementara itu, dakwaan bahawa lelaki terbabit adalah kakitangan Sapura Energy sekali gus mendorong syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Kami mengambil maklum dengan komen yang dibuat oleh individu tersebut yang dikatakan kakitangan syarikat kami.

"Hasil siasatan mendapati kontrak perkhidmatan individu berkenaan ditamatkan pada 2019," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sapura Energy turut menegaskan pihaknya mengecam komen berbaur lucah dan ugutan kerana ia bertentangan dengan nilai korporat.

Jelas Sapura Energy lagi, pihaknya sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram