INDUSTRI hiburan tanah air meriah dengan kehadiran wajah baharu seperti Nabil Aqil, Hun Haqeem, Nafiz Muaz dan Meerqeen antara pelapis yang nama mereka sedang meningkat naik.
Tidak dinafikan kebanjiran selebriti 'pucuk muda' bukan sahaja muncul dengan pakej rupa dan bakat, tetapi turut meraih popular meluas di media sosial.
Bagaimanapun, pelakon senior juga tidak kurang hebatnya apabila pernah mencetuskan fenomena menjadi pilihan penerbit meskipun sudah berumah tangga.
Berikut Majoriti senaraikan lima aktor yang masih menjadi kegilaan peminat untuk membawakan watak hero.
Alif Satar
Bapa kepada tiga cahaya mata ini mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid pada 2014.
Biarpun memegang status 'suami orang', Alif yang sebelum ini muncul dalam naskhah popular antaranya Dia Semanis Honey, Penjara Janji dan Risik Pada Hati.
Selain aktif berlakon, Alif turut sibuk dengan kerjaya nyanyian dan pengacaraan.
Izzue Islam
Pelakon kelahiran Kota Bahru, Kelantan, Izzue Islam turut tersenarai.
Keberkesanan lakonannya dalam drama Bisik Pada Hati, Sabarlah Duhai Hati, dan Rindu Kasih antara yang menjadi sebutan.
Bekas anggota kumpulan Forteen itu turut aktif dalam kerjaya nyanyian solo dan pengacaraan.
Antara single nyanyian Izzue seperti Biar, KAU dan Muzik Tidurkanku.
Aeril Zafrel
Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini menjadi kegilaan bukan sahaja rupa paras kacak, tetapi juga kualiti lakonan yang ditonjolkan.
Masakan tidak, Aeril Zafrel dipercayai pernah diajak oleh peminat untuk berkahwin di Thailand.
Bagaimanapun perkara itu sempat ditepis oleh isterinya dengan amaran agar tidak memberi peluang kepada 'penyondol' untuk mengganggu rumah tangga mereka.
Antara drama yang dibintanginya ialah Cinta Tanpa Henti, Cari Aku Di Syurga, Seindah Tujuh Warna Pelangi dan Patahnya Sebelah Sayap 2.
Beto Kusyairi
Pada 2022 pelakon prolifik, Beto Kusyari muncul menerusi empat filem iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Anak Rimau The Movie, Seratus dan Halimun.
Terbaharu dia akan muncul dalam filem romantik fiksyen, Imaginur yang akan memulakan tayangan pada 23 Februari depan.
Kehebatan lakonan suami kepada Tisha Shahar sejak 2013 ini sering memberi kesan mendalam kepada penonton terutama melibatkan karya air mata.
Shukri Yahaya
Terdahulu, penampilan aktor Shukri Yahaya sering dikaitkan dengan pelakon Filipina, Jericho Rosales.
Namanya memuncak menerusi watak Khuzairi dalam 7 Hari Mencintaiku 1,2, dan 3.
Suami kepada Tya Adnan itu turut membintangi beberapa drama rantaian popular antaranya, Andainya Takdir, Shakira, I Promise Janji Anqi, Kerana Dia Manusia Biasa dan Suami Tanpa Cinta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram