
KEPUTUSAN Ronald Ngah Wanja 'menamatkan jodoh' bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim lalu sedikit sebanyak memberi kesan di hati sebahagian penyokong Hijau Kuning.
Biarpun ada yang tidak begitu suka dengan pemain yang mesra disapa Pak Ngah itu lantaran gagal menepati reputasi besar atas padang, masih ada peminat Sang Kenari meluahkan rasa rindu terhadap sentuhan penyerang import berbisa dari Cameroon tersebut.
Manakan tidak, pemain berusia 32 tahun itu berjaya menyumbang 13 gol daripada 21 penampilan bersama skuad Sang Kenari dalam pentas Liga Super tahun lalu.
Pencapaian Ngah Wanja yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah itu sekali gus memberi harapan kepada penyokong untuk melihat pemain skuad Helang menghasilkan persembahan terbaik pada musim ini.
Zaidi Johari berkata: Rindu Pak Ngah.. Dua gol dia boh lawan dengan JDT (Johor Darul Takzim). Terbaik."
Tulis Leh Solleh: "Tapi memang betul, dia ni memang bagus cuma tak ada support musim lepas. Tapi, itulah ramai yang suruh buang dia."
Pak Ngah (tengah) dikatakan tidak sesuai bermain sebagai pemain tunggal. — KDA FC
Tambah Riz CFC: "Ronald Ngah Wanja ni nak kata dia tak padu tapi dua angka jugalah gol dia skor dengan Kedah. Nak kata malas, gol solo dia berlambak, contoh Kedah lawan Visakha. Nak kata slow, dia laju, contoh masa Kedah lawan Petaling Jaya City (PJ) FC. Nak kata dia skor lawan kelab kecil, dia ada dua gol lawan JDT.
"Dia padu tapi tak sesuai main sebagai penyerang tunggal, kena ada pair sebab kadang-kadang dia tak aktif dan main ikut mood dia."
Ujar Wan Bain: "Dia bukan tak bagus cuma tak ada backup, taktikal pun mungkin tak sesuai dengan dia. Sebelum main dengan Kedah bagus je dia main."
Pak Ngah ketika ini berkhidmat bersama Al-Khor SC dan membantu kelab Qatar itu menerajui divisyen dua dengan 22 mata selepas sembilan perlawanan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram