Fans Gergasi Merah tak sabar tunggu 'magis' Mukhairi Ajmal


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Terdapat penyokong berpendapatan Mukhairi masih belum mempamerkan keberkesanannya dalam membantu barisan tengah Gergasi Merah. — Facebook/SelangorFC

SELEPAS mengharungi tiga perlawanan Liga Super 2023, Selangor FC kini berada di tangga ketiga dengan memungut 7 mata hasil daripada dua kemenangan dan satu seri

Skuad Gergasi Merah itu kini dua mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim (JDT) yang diikuti Sabah FC, masing-masing berkongsi sembilan mata dan hanya dibezakan dengan jaringan gol.

Tampil sebagai pasukan underdog, prestasi ditunjukkan skuad Selangor FC pada awal musim kali ini boleh dikatakan agak positif.

Namun begitu, penyokong Merah Kuning dilihat tidak mudah berpuas hati dengan keputusan yang dicapai itu oleh anak buah Tan Cheng itu.

Tambahan pula, penyokong Gergasi Merah pastinya mempunyai harapan lebih tinggi daripada pasukan Selangor FC pada musim terbaharu ini selepas beberapa musim tanpa sebarang kejuaraan untuk diraikan.

Keputusan seri 1-1 dicapai ketika menentang Sri Pahang FC pada Ahad lalu menyaksikan beberapa penyokong mula menimbulkan beberapa kelemahan dikesan pada pasukan mereka.

Antara yang mendapat tumpuan adalah prestasi pemain tengah skuad Merah Kuning, tonggak tengahnya iaitu Mukhairi Ajmal yang dilihat masih tidak konsisten dalam mengekalkan rentak permainannya.

Diturunkan dalam ketiga-tiga perlawanan pertama, ada penyokong berpendapat pemain berusia 21 tahun yang juga bekas kapten bawah 23 tahun skuad kebangsaan itu masih belum mempamerkan keberkesanannya dalam membantu barisan tengah pasukan.

329579822_2132833763571102_1818917519133895251_n

Tindakan pihak lawan mengunci pergerakan Faisal yang merupakan perancang utama Gergasi Merah merencatkan usaha Selangor FC untuk mencipta peluang. — Facebook/SelangorFC

Menurut mereka, kegagalan Mukhairi yang sudah mempunyai enam penampilan bersama skuad Harimau Malaya itu menyebabkan Selangor menghadapi masalah untuk mencipta peluang apabila pemain tonggaknya seperti, Faisal Halim dikunci pihak lawan.

"Mukhairi itu aku macam kurang berkenan sejak dari musim lepas lagi semasa dengan pasukan kebangsaan. Cuma kadang-kadang 'magic' dia ada. Tapi itu tu la. Cheng Hoe harap magis dia yang tak muncul-muncul," tulis Haz Ama.

"Faisal dikunci rapat, kurang mungkin kurang dapat sokongan. Mukhairi dalam padang tu nampak macam jem juga," kata JoHn AlaDin.

"Patut pelbagaikan serangan, baru pihak lawan tak boleh baca game. Nampak faisal cuba nak buat game menarik, tapi pemain lain macam tak boleh baca," ujar Zul Karnain.

"Orang dah boleh baca permainan kita. Serang dari tepi. Arah yang sama. Tidak tukar-tukar. Maka kita rugi dua mata," kata Shahrul Nizam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram