SEORANG lagi pemain Korea Selatan diperkenalkan sebagai tonggak tengah pasukan Sri Pahang FC musim ini selepas skuad Tok Gajah itu mengumumkan Lee Ji-yong sebagai pemain baharu pada Ahad.
Difahamkan Sri Pahang FC sempat mendaftar seorang lagi pemain import dari Korea Selatan pada saat-saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama pada 11.59 malam, Khamis lalu.
Pemain tersebut ialah Lee Jeong-Geun yang ditandatangani daripada kelab Yangpyeong FC, demikian berdasarkan perkongsian laman Facebook Malayantigerfans pada Isnin.
Jeong-geun dikaitkan dengan Sri Pahang FC. — Facebook
Jeong-Geun berpengalaman beraksi dalam kancah bola sepak Asia Tenggara memandangkan pernah berkhidmat dengan kelab Thailand, Police Tero FC, pada 2018.
Dengan penyertaan Jeong-Geun, dia dipercayai menjadi import terakhir Liga Malaysia (Liga M) yang didaftarkan untuk musim ini.
Malah, dia menyertai sembilan lagi rakan senegaranya dari Korea Selatan yang mengatur langkah berkelana ke Liga M.
Berikut merupakan senarai pemain import mengikut kelab yang menyertai Liga M pada musim ini:
Sri Pahang FC antara salah satu pasukan yang melengkapkan kuota sembilan import musim ini. — Facebook
1) Sri Pahang FC (8 import)
Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad
Pemain import: Michael Glassock, Brundo Stefano, Sherzod Fayziev, Kevin Ingreso, Kpah Sherman, Lucas Silva, Lee Ji-yong dan Lee Jeong-Geun
2) Terengganu FC (9 import)
Ketua Jurulatih: Tomislav Steinbruckner
Pemain import: Sony Norde, Adisak Kraisorn, Sardor Kulmatov, Domagoj Pusic, Ivan Mamut, Omid Nazari, Habib Haroon, Jordan Mintah, Argzim Redzovic
3) Kelantan FC (9 import)
Ketua Jurulatih : Choi Moon-Sik
Pemain import: Kim Min-Kyu, Christian Rontini, Miguel Cifuentes, Carli de Murga, Mario Arques, Eui Chan Kang, Nuha Marong, Ismahil Akinade, Leonardo Rolon
4) Penang FC (9 import)
Ketua Jurulatih: Chong Yee Fatt
Pemain import: Soony Saad, Curt Dizon, Ousman Fane, Ryu Yamaguchi, Zaw Min Tun, An Sae Hee, Giovani Gomes, Adriano Narcizo, Rafae Vitor
5) KL City FC (8 import)
Ketua Jurulatih: Bojan Hodak
Pemain import: Herlison Caion, Tchetche Kipre, Patrick Reichelt, Sebastien Avanzini, Matko Zirdum, Kevin Ray Mendoza, Giancarlo Gallifuoco, Romel Morales
PDRM FC antara pasukan underdog yang menggunakan lapan pemain import. — Facebook
6) PDRM FC (8 import)
Ketua Jurulatih: Azzmi Aziz
Pemain import: Uche Agba, James Okwuosa, Kyaw Min Oo, Marcus Macauley, Bruno Suzuki, Jacque Faye, Chukwu Nnabuike Chijioke, Fadi Awad
7) Johor Darul Takzim (8 import)
Ketua Jurulatih : Esteban Solari
Pemain import: Shane Lowry, Jordi Amat, Leandro Velazquez, Juan Muniz, Oscar Arribas, Bergson da Silva, Fernando Forestieri, Diogo Luis Santo
8) Sabah FC (7 import)
Ketua Jurulatih : Datuk Ong Kim Swee
Pemain import: Gabriel Peres, Telmo Ferreira Castanheira, Jailton Da Silva, Ko Kwang-Min, Jacob Njoku, Saddil Ramdani, Park Tae-su
9) Selangor FC (8 import)
Ketua Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Pemain import: Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh, Yohandry Jose Orozco Cuija, Hein Htet Aung, Ayron del Valle, Samuel Sommerville, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Richmond Ankrah
10) Kedah Darul Aman FC (7 import)
Ketua Jurulatih : Nafuzi Zain
Pemain import: Alan Robertson, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Ott, Manuel Hidalgo, Willian Lira, Jonathan Balotelli
11) Kuching City FC (7 import)
Ketua Jurulatih : Irfan Bakti
Pemain import: Sudi Abdallah, Julian Schwarzer, Celio Ferreira dos Santos, Sirojiddin Kuziev, Abu Kamara, Yuki Tanigawa, Mihailo Jovanovic
12) Kelantan United FC (6 import)
Ketua Jurulatih : Thomas Trucha
Pemain import: Morgaro Gomis, Yan Victor, Ernist Batyrkanov, OJ Porteria, Devid den Santana Silva, Jose Elmer
Trio import Perak FC yang berasal dari Korea Selatan. — Facebook/Perak FC
13) Negeri Sembilan FC (5 import)
Ketua Jurulatih: K Devan
Pemain import: Mark Herold Goulon, Levy Clement Madinda, Muhammad Safuwan Baharuddin, Anselmo Arruda da Silva (Casagrande), Vinicius Leonel Da Silva
14) Perak (6 import)
Ketua Jurulatih: Datuk Lim Teong Kim
Pemain import: Lee Joo-han, Seo Seonung, Sim Hyun-ki, Christian Obiozor, Sunday Afolabi, Luciano Guaycochea. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram