Import baharu JDT belum cukup menyakinkan, khidmat 'otai' ditagih lawan KL


  • Podium
  • Selasa, 28 Feb 2023

Corbin Ong sudah menjadi tonggak utama pertahanan JDT di bahagian kiri sejak musim 2018.

JOHOR Darul Takzim (JDT) memulakan saingan Liga Super 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pembukaan menentang Terengganu FC yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Ia sekal igus membolehkan skuad Harimau Selatan itu mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih yang dimenangi pada musim lepas.

Pada perlawanan tersebut, JDT dilihat berjaya menguasai perlawanan dengan agak selesa dan menguasai permainan hampir di segenap bahagian padang.

Namun begitu, tidak semua peminat JDT dilihat berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua barisan pemain diturunkan pada perlawanan tersebut.

Antara yang disentuh adalah mengenai posisi pertahanan kiri yang diisi oleh rekrut baharu JDT iaitu pemain kacukan Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas.

Pada perlawanan itu, pemain berusia 24 tahun itu itu beraksi selama 70 minit sebelum digantikan dengan Corbin Ong.

Sebagai pemain yang dicanangkan sebagai pengganti, ramai peminat dilihat masih tidak yakin terhadap gaya permainan pemain tersebut yang juga sebelum ini dicanangkan sebagai bakal pengganti Corbin Ong.

Antara aspek permainan yang dikritik adalah kebolehannya untuk bertahan dengan baik di samping membuat hantaran lintang kepada rakan sepasukan.

ISKANDAR PUTERI, 24 Feb -- Pemain JDT Oscar Arribas Passero dicabar pemain pertahanan Terengganu FC Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni pada perlawanan Sumbangsih 2023 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pada perlawanan Sabtu lalu, Oscar beraksi selama 70 minit sebelum digantikan dengan Corbin Ong.

Justeru, menjelang aksi kedua perlawanan liga menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Rabu ini, terdapat peminat yang meminta agar posisi itu kembali diserahkan semula kepada Corbin Ong.

"Dari segi menyerang dan gelecekan, memang dia padu. Tapi dari segi bertahan dan hantaran lintang, Corbin Ong masih yang terbaik," kata Aji Apro.

"Kena cepat sesuaikan cara JDT main. Corbin Ong banyak cipta peluang untuk penyerang jaringkan gol selain Arif Aiman. JDT ada pengganti setiap pemain yg hampir setara musim ini.

"Harap jurulatih dapat merencanakan gameplay jauh lebih baik dan tidak membosankan," kata Helmy Yusop.

"Oscar ni ok, cuma kurang buat hantaran lintang. Pada aku baik guna Corbin Ong lagi padu sebab dia pemain kebangsaan perlu kekal prestasi sebelum Piala Asia," ujar Abd Rahim RS.

Dalam pada itu, terdapat juga peminat yang meminta agar Oscar diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan JDT.

"Corbin Ong masih terbaik. Oscar kurang sikit. Takpe, bagi peluang lagi," kata Mzaid Zainal.

"Tenang,baru hari pertama dia main utk liga Malaysia. Gugup lagi itu. Bagi masa setahun dua tengok macam mana," kata M Yusof Saitama.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram