MENJELANG perlawanan pertama Liga Super 2023 pada Sabtu, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pasukan yang terkenal dengan jolokan Sang Kenari.
Pemain tengah kelahiran Filipina, Manny Ott yang bakal memulakan musim pertama bersama KDA menjadi pilihan untuk mengetuai pasukan itu dan beliau akan dibantu oleh dua penolong kapten iaitu Lee Tuck dan Akmal Md Zahir.
Pemilihan Ott yang merupakan ayam tambatan utama Terengganu FC pada musim lepas menjadi pilihan tentunya mengambil kira faktor keserasian yang dimilikinya bersama Ketua Jurulatih baharu KDA, Nafuzi Zain ketika kedua-duanya bersama skuad Sang Penyu dan kini di Kedah.
Dengan persefahaman yang dimiliki itu, ia pastinya dapat membantu mempercepatkan lagi usaha Nafuzi menerapkan gaya permainan yang diinginkan kepada pasukan hijau kuning musim ini.
Namun begitu, meskipun rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap pelantikan itu terdapat segelintir yang berpendapat ada individu lain yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.
Malah terdapat juga yang mencadangkan nama lain bagi mengisi kedudukan tersebut bagi menerajui skuad KDA.
Ada antara peminat berpandangan Lee Tuck dilihat sebagai pemain yang turut memilik kemampuan menjadi kapten utama KDA. —Facebook/Kedah Darul Aman FC
"Ingat nak bagi kat Lee Tuck. Tapi tak apa, kot mana pon janji pulun habih," kata Abu Luqman.
"Lee Tuck paling sesuai jadi kapten, dia nampak tegas dengan body dia keras," kata Lufy Isma.
HaKim Hamidi pula berkata, "Kejutan untuk kapten dalam senarai. Apapun tahniah. Selamat menjalankan amanah dan berjuang sejiwa murni."
Pada musim lepas, Lee Tuck yang baru mendapat status pemain naturalisasi tidak dapat beraksi dalam sebarang perlawanan bersama skuad Sri Pahang FC akibat masalah kecederaan.
Sehubungan itu, ada peminat berpandangan pelantikan Ott itu memiliki asas dengan mengambil kita prestasi ditonjolkan pemain itu pada musim lepas ketika bersama Terengganu FC.
"Pemain terngah terbaik 2022, jadi kapten pegang jentera tengah kira ngam elok," ujar Amat Peace.
"Mungkin sebab posisi dia sebagai nadi enjin penggerak utama senang untuk atur gerakan," tulis Mat Dee
"Mana-mana ok bagi aku. Yang penting meningkatkan moral semangat satu pasukan. Seorang import, naturalisasi dan kapten tempatan," kata Mizan Mo Latiff
KDA bakal memulakan aksi pertama Liga Super 2023 menentang Perak FC di Stadium Perak pada Sabtu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram