Belanjawan 2023: Rakyat miskin tegar terima RM3,100 menerusi STR, e-Kasih


  • Primer
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Kerajaan akan turut memberi sumbangan tambahan RM600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. 

KERAJAAN menyediakan sebanyak RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif dalam belanjawan tahun ini, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, sejumlah besar dana itu digunakan bagi tujuan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyaluran dana berkenaan juga akan direalisasikan antaranya menerusi Konsep Payung Rahmah yang meliputi inisiatif bawah Menu Rahmah yang menyediakan set makanan pada harga RM5.

Katanya, Kerajaan juga melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

"Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program ini di setiap kawasan Parlimen," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, Kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak, Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga membuat pembaharuan terhadap program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan menyediakan sumbangan sehingga RM2,500 kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,500, bergantung kepada bilangan anak.

"Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

"Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

"Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100," ujarnya.

Secara keseluruhan Anwar berkata, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan juga akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini

Untuk membasmi kemiskin tegar, Anwar berkata, Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM 2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima.

Untuk membasmi kemiskin tegar, Anwar berkata, Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM 2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan memiliki iltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar dengan membantu kira-kira 130,000 rakyat di dalam negara yang berada di bawah kumpulan itu melalui langkah lebih menyeluruh.

Untuk itu, kerajaan menyediakan sejumlah RM750 juta untuk pelaksanaanInisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin tegar supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Katanya, program itu menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 ringgit tempoh pemantauan 24 bulan sebelum mereka dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil diperolehi.

Mengulas lanjut berkaitan usaha membasmi kemiskin tegar, Anwar berkata, Kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM 2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima.

Bagi menyegerakan data dikemaskinikan dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, beliau berkata, Kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan Kerajaan antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu pangkalan data.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram