Pemain SUFC masuk tentera demi kelangsungan hidup, isu gaji 'bunuh' impian pemain bola sepak negara


  • Podium
  • Sabtu, 18 Feb 2023

Sarawak United FC dilaporkan masih belum membayar gaji pemain yang tertunggak sejak Ogos lalu. — Facebook/Sarawak United

KEMELUT pembayaran gaji untuk pasukan Sarawak United FC (SUFC) seperti tiada penghujungnya.

Walaupun bekas Presiden SUFC, Datuk Posa Majais memberi harapan untuk melunaskan tunggakan gaji pemain menjelang Mac ini, namun ia masih dilihat seperti 'janji kosong' oleh penyokong.

Hal ini kerana, insiden berkenaan bukan kali pertama berlaku dalam sejarah skuad Ngap Sayot.

Sebelum ini, SUFC pernah disekat daripada membuat sebarang perpindahan pemain tempatan dan import.

Tindakan itu dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) setelah kegagalan SUFC menyelesaikan tunggakan gaji dan pampasan bekas pemain import mereka, Sandro da Silva berjumlah lebih RM150,000 pada tahun 2021.

Ibarat tidak pernah serik didenda, 'penyakit' culas tidak membayar gaji itu dilihat sudah menjadi penyakit bermusim bagi kelab tersebut sehinggakan ada di antara pemain menjadi seperti 'pengemis' menagih gaji mereka.

1936305

Komen yang ditinggalkan Stuart di halaman Facebook Rasmi SUFC. — Facebook

Terbaharu, seorang bekas pemain SUFC dikatakan terpaksa melupakan hasratnya menjadi pemain bola sepak dan memilih karier lain demi kelangsungan hidup.

Khabar angin tersebut dimaklumkan oleh penyokong fanatik bola sepak Bumi Kenyalang melalui halaman Facebook Shoot sampey Bisak Net Tiang Gol Ya.

"Seorang lagi pemain Sarawak United membuat keputusan bertukar profesion.

"Khabarnya menjadi Navy (Tentera Laut).

"Management jenis membunuh karier pemain. Hilangnya bakat begitu sahaja.

"All the best for your career, mate!," tulisnya pada Sabtu.

Walaupun tidak didedahkan nama pemain tersebut, rata-rata penyokong memberikan sokongan kepada pemain berkenaan.

Seorang penyokong, Danny Kijun bersetuju dengan tindakan pemain tersebut.

"Apa boleh buat kalau pihak pengurusan pasukan tidak berguna lagi.

"Better cari pekerjaan lain kalau sudah tidak ada tawaran lain," katanya.

Jonathan pula berkata, tindakan pemain tersebut merupakan keputusan yang bijak.

"Memang patut cari karier lain, SUFC pembunuh masa depan pemain bola sepak.

"Aku doakan yang terbaik pada pemain ini, tak kisah sapa pun beliau. Berkhidmat untuk negara lebih baik daripada berkhidmat untuk bola," tulisnya.

Sementara itu, Shelken Churchill turut mengucapkan maju jaya pada pemain tersebut.

"Terjamin lagi jadi Navy, jangka masa panjang. Boleh main dengan pihak jabatan tentera," tulisnya.

Wan Ming Used Car berasa kasihan dengan pemain tersebut kerana terpaksa melupakan impian menjadi pemain berjaya.

"Tiada masalah masuk Navy sebenarnya tapi impian menjadi player yang profesional mungkin terpadam," katanya.

Majoriti sebelum ini melaporkan bekas pertahanan SUFC, Stuart Wark mengambil tindakan drastik dengan 'menggegar' ruangan komen laman Facebook rasmi majikan lamanya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram