Isu sekolah daif sudah lama, tapi rakyat tak pernah jemu beri solusi


Keadaan salah sebuah kelas yang daif di Sekolah Kebangsaan Kusilad, di Kota Marudu, Sabah pada Februari 2007.

KENYATAAN Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini mengenai sebanyak 830 sekolah di seluruh negara di kesan mempunyai bangunan daif, bukanlah perkara baharu, malahan tidak mengejutkan rakyat.

Menurut KPM, sekolah-sekolah berskala 6 dan 7 itu yang dikesan sejak 31 Januari lalu memerlukan pembangunan semula sepatutnya diberi keutamaan dalam projek penggantian.

Manakala, bagi sekolah berskala 1 hingga 5 membabitkan fungsi dan keadaan bangunan berdasarkan persepsi pengguna pula akan melalui proses penyelenggaraan mengikut keperluan.

Bagaimanapun, bagi Skala 6 dan 7 ia membabitkan keutamaan untuk pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang disenaraikan.

Menerusi tinjauan Majoriti, rata-rata pengguna media sosial tidak hairan dengan jumlah sekolah daif tersebut.

Hal ini kerana mereka beranggapan perkara itu sudah lama diutarakan namun belum ada jalan penyelesaian segera daripada pihak berwajib.

file61lf324431hwy79kli2

Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Bum Bum, di Semporna, Sabah pada Januari 2008.

Menganggap sekolah daif sebagai tanggungjawab yang perlu digalas oleh semua pihak, mereka masih mengetengahkan idea dan saranan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Rashid Sidek menyarankan agar sekolah-sekolah yang jaraknya antara tiga hingga lima kilometer (km) digabungkan bagi menjimatkan wang kerajaan.

"Di Sabah dan Sarawak, konsep asrama berpusat boleh dilaksanakan. Beri tambang percuma untuk murid balik ke rumah kediaman. Nutrisi murid pun boleh dikawal dan mulakan dengan murid tahap 2 di sekolah rendah," katanya.

file6f0foiw7rna3fw0hc6f

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Darah di Sungai Buloh, Selangor belajar di bilik darjah yang mempunyai ruangan sempit pada tahun 2014.

Sementara itu, ada juga yang menyarankan kerajaan supaya berhenti melakukan pembangunan kurang penting, sebaliknya terlebih dahulu memperbaiki dan menaik taraf sekolah sedia ada.

Tulis Fazilah Bt Mohd Reba: "Sedih tengok sekolah lama dan uzur. Banyak kerosakan sana sini.

Tambah I.m. Nazmy: "Tengok macam lebih banyak membina sekolah baharu berbanding banyak membaiki dan menyelenggara sekolah sedia ada."

file6x1b1ddbn9tkdmfcaei (1)

Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat, di Limbang, Sarawak menaiki bot bagi menyeberangi Sungai Limbang untuk pulang ke rumah masing-masing di Kampung Seberang Kadai selepas tamat persekolahan. Tambang bot antara 50 sen hingga RM1 seorang bergantung kepada jarak perjalanan.

Khuatir dengan keselamatan murid-murid di kawasan pedalaman, rakyat juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula laluan dan jalan yang selamat untuk mereka ke sekolah.

Ron Guiza berkata: "Belah-belah Sabah dan Sarawak ramai yang alami nasib macam ini. Walaupun mereka daif tetapi tetap semangat ke sekolah. Itu belum lagi isu jalan ke sekolah, tiada jambatan. Budak-budak terpaksa bahayakan diri ke sekolah. Yang ini kerajaan kena utamakan."

Tulis Yahaya Mamat: Jangan lupa buat jambatan yang baik untuk anak ke sekolah."

Terdahulu, kerajaan kini menumpukan usaha untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak, sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, pendekatan kerajaan pimpinannya ialah memastikan semua sekolah bawah tanggungjawab kerajaan, akan diperbaiki mulai Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram