'Apa beza jawatan tu?', rakyat pertikai jawatan terkini Nurul Izzah masih terkait nepotisme


  • Massa
  • Isnin, 13 Feb 2023

Nurul Izzah (kiri) dan bapanya, Anwar (kanan) mendapat kritikan hebat berhubung isu nepotisme.

SETELAH menerima pelbagai kecaman yang mempertikaikan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR itu mengesahkan bahawa, beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi tumpuan apabila dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain mengundang perasaan tidak puas hati, ramai yang mengaitkan lantikan itu dengan amalan nepotisme.

Anwar kemudian menjelaskan, anaknya tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

file7nowe5iv8wn1krrlk7xz

Nurul Izzah melambai tangan kepada penyokongnya ketika kempen PRU15 pada November lalu.

Meskipun sudah tidak lagi menjadi penasihat kepada Perdana Menteri, ramai yang menganggap bahawa penyertaan Nurul Izzah dalam jawatankuasa penasihat Menteri Kewangan masih lagi bersangkut paut dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menjengah ke ruangan komen, penyertaan itu masih lagi mendapat kecaman daripada warganet.

Amran Rafiq menulis: "Baik tak payah ada kaitan langsung. Itu lebih baik untuk elak pandangan buruk. Kalau nak kata ada kepakaran, ramai lagi yang boleh."

Hairi N Force berkata: "Apa beza jawatan tu, berpusing-pusing macam gasing."

Tambah Ummu Naim: "Kalau dia ada kelayakan tak salah pun nak pegang jawatan. Tapi yang orang marah sebab masa mereka jadi pembangkang dan kata dekat orang amalkan nepotisme sampai tak ingat satu hari nak masuk kubur."

Ujar Badli Shamsuri: "Sama je. Tukar penasihat Perdana Menteri kepada penasihat kewangan juga. Sudah-sudahlah."

Henry Imb menyindir: "Anak PM ke-10 dilantik Menteri Kewangan dan dipersetujui oleh PM ke-10 dan disokong oleh Ketua Umum PKR dan disahkan oleh Ahli Parlimen Tambun dan beliau telah meletakkan jawatan. Salam Madani." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram