Panas isu lantikan Nurul Izzah, 4 sebab jawatan Penasihat Kanan Ekonomi PM tidak perlu diisi


  • Massa
  • Isnin, 30 Jan 2023

Pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kewangan dan Ekonomi Perdana Menteri mendapat pertikaian rakyat.

PELANTIKAN Nurul Izzah sebagai penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri walaupun tanpa sebarang elaun masih menjadi bualan rakyat yang tidak berpuas hati.

Ia timbul kerana wujud unsur nepotisme disebabkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merupakan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma berkata, sebarang lantikan dalam kerajaan baharu ini perlukan dua kriteria iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan berpengalaman.

"Bagi saya, Anwar mesti lebih tahu dengan keputusannya kerana Nurul Izzah mungkin boleh memberi nasihat daripada perspektif lain daripada ekonomi dan kewangan.

"Cuma dalam konteks pelantikan itu, timbul tanda tanya berkenaan nepotisme dan kronisme. Bukan isu sama ada Nurul Izzah layak atau tidak," katanya kepada Majoriti.

1905157

Datuk Dr. Madeline Berma

Ditanya negara memerlukan Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan dan ekonomi, Madeline berkata, ada lima sebab mengapa pelantikan itu tidak perlu dilakukan.

Kerajaan ada UPE pusat dan negeri

Pejabat Perdana Menteri tidak perlukan penasihat kerana sudah mempunyai Unit Perancang Ekonomi Negara dan negeri yang boleh memberi nasihat.

Penjawat awam yang berada dalam UPE terdiri daripada mereka yang cukup berkaliber dan arif mengenai ekonomi negara.

Jadi pelantikan penasihat walaupun tanpa gaji sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Universiti-University-Malaya-020519-3

Malaysia mempunyai puluhan universiti yang menempatkan fakulti ekonomi.

Negara miliki puluhan fakulti ekonomi

Selain penjawat awam berkaliber, negara mempunyai puluhan universiti yang menempatkan fakulti ekonomi.

Di dalam setiap fakulti, terdapat ahli akademik yang boleh memberi nasihat dan pandangan berdasarkan hasil penyelidikan mereka.

Nasihat dan pandangan cendikiawan ini juga boleh diguna pakai kerajaan secara percuma untuk membantu ekonomi negara.

Felo ekonomi dan kewangan

Selain ahli akademik, negara juga mempunyai dua badan bebas iaitu Majlis Profesor Negara dan Akademi Sains Malaysia yang mempunyai kluster kewangan.

Kesemua felo ekonomi dan kewangan dalam badan bebas itu boleh memberi nasihat dan pandangan secara terus kepada Perdana Menteri.

Mereka ini antara individu yang sering menjadi rujukan dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Bank Negara Malaysia mengumumkan mengurangkan kos pinjaman hari ini, dengan kadar faedah penanda aras utama atau Kadar Dasar Semalaman diturunkan daripada 3.25 peratus kepada 3.0 peratus.
--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

BNM antara pemain industri yang boleh memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Khidmat nasihat industri

Industri memainkan peranan penting dalam mana-mana hubungan bersama kerajaan dan daripada segi ekonomi, pastinya perkara itu digalas oleh pihak bank.

Selain Bank Negara Malaysia (BNM), bank-bank lain dalam negara juga boleh memberikan khidmat nasihat kepada Perdana Menteri jika diperlukan.

Mereka juga mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi yang boleh dikongsikan jika perlu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram