Tukar pegawai, kongres PIBG antara desakan pulih harapan reformasi pendidikan


  • Massa
  • Sabtu, 11 Feb 2023

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan) melawat Sekolah Kebangsaan Chepor, di Ipoh, Perak pada bulan lalu.

RERORMASI atau pembaharuan pendidikan merangkumi pengubahsuaian, pindaan atau pengemaskinian sistem pendidikan negara dengan tujuan memperbaikinya.

Lantaran itu, pelaksanaan reformasi dalam sektor tersebut memerlukan perbincangan yang serius daripada pihak, berikutan ia mampu memberi kesan kepada masa depan sesebuah negara.

Namun, Dr Anuar Ahmad mengakui, beliau semakin hilang harapan bahawa reformasi pendidikan akan berlaku dalam masa terdekat.

Sebaliknya, pakar pendidikan itu yakin bahawa pengurusan pendidikan akan kekal seperti dahulu.

"Saya sudah tiada keyakinan bahawa reformasi dari dalam KPM (Kementerian Pendidikan) akan berlaku seperti diharapkan semua pihak.

"Justeru, saya menggesa peranan NGO (badan bukan kerajaan) pendidikan perlu diperkasa, malah PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) mesti lebih banyak bersuara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

file7o9p18u5h0x1eqtp5e3w

Reformasi pendidikan negara dilihat sukar untuk berlaku dalam masa terdekat. — Gambar hiasan

Pada masa sama, Anuar menyarankan supaya Kongres PIBG peringkat kebangsaan dianjurkan bagi memberi peluang kepada ibu bapa menyuarakan pandangan tentang kualiti pendidikan negara.

Bersetuju dengan perkara itu, Shazleena Bt Othman menulis: "Yang saya nampak, penglibatan PIBG seakan masih di zaman Covid-19. Saya semakin rasa jauh dengan sekolah anak-anak kecil ni berbanding kakak dan abang-abang mereka. Sekolah dah boleh libatkan ibu bapa sebagaimana dahulu. Saya yakin ramai yang ingin membantu."

SN Mohd Yusoff menambah: "Demonstrasi ibu bapa. Kerajaan kita sensitif dengan demonstrasi sebab ia menarik perhatian awam. Kalau kita buat cara yang formal mereka tak peduli sebab tak ada orang tahu tahap teruk sistem pendidikan kita."

Sementara itu, محمد أمين memberi saranan bahawa perkara yang perlu diubah dalam sistem pendidikan adalah pegawai-pegawai tinggi pendidikan.

"Menteri kena ubah pegawai, baru dapat capai reformasi pendidikan."

Ujar Faridah Yusof: "Buatlah rombakan dalam KPM (Kementerian Pendidikan) tu. Yang atas tu seolah-olah hidup dalam khayalan, fiksyen lebih. Bagi peluang yang hidup dalam realiti ni mentadbir."

Sang Inspirasi berkata: "Harap ditukarkan semua pegawai KPM tu, hantar mereka semua masuk sekolah mengajar. Baru mereka tahu kurikulum yang mereka gubal itu sesuai atau syok sendiri." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram