Rakyat mula tak percaya, perli Tok Mat mula ikut telunjuk 'bos', risau hilang jawatan


  • Politik
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan sepenuhnya kepada ROS untuk meneliti aduan berhubung usul tambahan dua jawatan utama parti itu.

TINDAKAN Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang seolah-olah membisu berhubung isu dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Manakan tidak, beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kini dilihat sudah hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu media, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk meneliti aduan berhubung usul tambahan dua jawatan utama parti itu.

Menurut Tok Mat, perkara terbabit adalah di luar bidang kuasa parti dan ia adalah hak RoS untuk membuat sebarang keputusan.

Melalui tinjauan Majoriti dalam sosial media, ada yang mempertikaikan tindakan beliau yang juga Menteri Pertahanan itu cuba untuk menyelamatkan diri kerana dikatakan bimbang kehilangan jawatan dalam parti berkenaan.

Seorang pengguna Facebook Dolah Saad merasakan, Tok Mat bertindak demikinan kerana takut kehilangan kuasa seperti Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Aku dah hilang kepercayaan pada Tok Mat ini lama dah semenjak dia suka sangat ikut telunjuk Wak Zahid (Zahid Hamidi).

"Nampak sangat dia takut hilang kuasa dan jawatan tertinggi dalam Umno," katanya.

Sementara itu Wak Don Rimba pula berkata, Umno akan tinggal sejarah selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

"Selepas PRU16 nanti hanya akan tinggal sejarah saja Umno ini.

"Bukan nak membela rakyat tetapi lebih menjaga hal pemimpin mereka sahaja dan yang penting poket mereka terjaga,"katanya.

Kadal Biru pula berkata, dia sudah hilang hormat pada Tok Mat dan menggangap apa yang cuba disampaikan timbalan presiden itu sebagai merapu.

"Dulu saya respek tetapi sekarang beliau merepek,"katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd Rizal Isnin berpendapat, Umno sudah dipenuhi dengan p******i penjilat tegar.

"Sudah dipalit dengan kemunafikan, dari presiden hingga la ke 'pencacai-pencacainya'. Demi kuasa dan tamak serta ego, 'Ponorogo & the gang' sanggup buat apa saja.

Pada Jumaat, media melaporkan RoS memberi tempoh 60 hari kepada Umno untuk mengemukakan penjelasan dan segala maklumat berkaitan mengenai usul tambahan dua jawatan utama parti itu yang tidak dipertandingkan.

Tempoh 60 hari itu bermula pada 20 Januari lalu, iaitu tarikh dua ahli Umno menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan ketika PAU 2022 itu pada 14 Januari lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram