[VIDEO] Bikin kecoh di luar Bangunan Kinta, sekumpulan lelaki tendang, pukul mangsa diburu


  • 112
  • Selasa, 07 Feb 2023

Tangkap layar memaparkan beberapa orang individu bergaduh di di luar Bangunan Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

POLIS kini sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam satu kes pergaduhan di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

Berdasarkan rakaman kejadian pada waktu malam itu, sekumpulan lelaki dilihat bertindak keterlaluan dengan menendang dan memukul mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan satu video tular melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan sekumpulan individu.

"Kejadian tersebut berlaku di Ipoh yang mana menarik perhatian masyarakat umum.

"Semakan polis mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Ahad lalu di luar Bangunan Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.

"Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yahaya turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram