Misi KWSP 3.0 gagal? Rakyat bagi 1,001 idea 'bantu' kerajaan atasi isu kos sara hidup


  • Massa
  • Khamis, 09 Feb 2023

Kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan, tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan KWSP.

DESAKAN rakyat untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya sukar untuk menjadi kenyataan.

Ini berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kenyataan bahawa, kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara kelak.

file7oua0to2yna10d8az92c

Kerajaan dicadang untuk meningkatkan bantuan Rahmah untuk golongan bujang.

Kenyataan itu sekali gus menyaksikan rata-rata rakyat kurang bersetuju dan mahukan penyelesaian lebih baik.

Zafir Irfan berkata, kerajaan perlu menitikberatkan isu menurunkan harga barangan dan harga minyak.

Selain itu, katanya, kerajaan juga disaran untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) rumah dan kereta.

"Bantuan Rahmah juga dinaikkan kepada yang tiada pendapatan tetap, menaikkan gaji penjawat awam, menaikkan elaun petanim nelayan, peneroka getah dan sawit," katanya menerusi komen di media sosial.

Sementara itu, Afizz Gupantaitimur menulis: "Mohon bagi bantuan atau tambahan yang lebih sedikit bantuan Rahmah untuk golongan bujang. Jika KWSP itu merupakan beban bagi rakyat, tolong naikkan lagi kadar bantuan Rahmah itu."

Berpendapat sama, Baddrul Halim Abdul Wahab berkata: "Nak keluarkan duit ni disebabkan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Kalau tak mahu bagi keluar KWSP, kenalah kurangkan kos sara hidup tu. Lagipun dah janji tak mahu turunkan harga barang, buat jelah. Kurangkan bercakap dan berpolitik tak habis-habis."

Turut memberi cadangan, Zulkarnain Misman berkata: "Kerajaan perlu menaikkan gaji, menurunkan harga makanan, mengawal inflasi, meningkatkan eksport serta mengurangkan import terutama sektor bekalan makanan."

file7n886qa2ze919q1zp92p (1)

Kerajaan disaran membendung kenaikan harga barangan ketika ini.

Tambah Sahrizal Zainal: "Penurunan harga barang sukar dibendung manakala sekali sudah naik ia sukar diturunkan. Kerajaan perlu beri elaun Sara Hidup Rahmah setiap bulan bagi setiap rakyat Malaysia. Bila kuasa membeli ada, baru ekonomi dapat digerakkan. Setiap orang ye, bukan 1 keluarga 1 elaun."

Tulis Adrian Shah: "Minta kurangkan harga barang. Dulu sardin dalam tin makanan bagi B40, sekarang dah jadi makanan T20."

Ujar Thor Martool: "Mudah je, naikkanlah gaji asas pekerja tak kira swasta atau kerajaan. Takkanlah hanya RM1,500 sampai tahun 2040. Slogan negara maju rasanya dah berpuluh tahun dengar dekat telinga ni. Yang maju hanya menteri-menteri je agaknya. " — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram