Ganggu bayi dan jiran sedang tidur jika benar jual mercun, bukan setakat musim raya


Kebenaran penjualan bunga api dan mercun mendapat tentangan majoriti rakyat di negara ini.

KEBANYAKAN negara termasuk Malaysia tidak terlepas peluang bermain mercun dan bunga api meskipun larangan penggunaannya dikuatkuasakan.

Keterujaan urusan jual beli dan membakar bahan api itu selalunya dilihat ketika musim perayaan sebagai pemeriah suasana.

Baru-baru ini, kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat, termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya berkuat kuasa pada Hari Raya Aidilfitri ini.

file610uyemhh1xpg24ak9u

Antara bunga api dan mercun yang dirampas pihak berkuasa pada 2011.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata rakyat negara ini tidak bersetuju dengan kebenaran penjualan bahan itu kerana khuathir menyebabkan pencemaran bunyi.

Abdul Razak Abdul Aziz berkata: "Nanti ramai yang dapat sakit mental sebab tidak tahan bunyi mercun. Boleh bergaduh disebabkan bunyi mercun, sebab ada bayi yang baru lahir atau warga emas terperanjat bunyi mercun."

Berpendapat sama, Md Akhir Ahmad berkata: "Jika dibenarkan akan mengganggu jiran-jiran dan anak kecil yang sedang tidur. Jagalah keharmonian bangsa Malaysia yang berbilang bangsa."

Tambah Amin Dakurau: "Juallah segala mercun atau bom sekali pun. Cuma, bila nak main tu cukuplah setakat jam 12 malam sahaja. Ni tak, pukul 3 pagi pun berdentum lagi. Orang ada anak kecil, nak bangun awal pagi dan nak pergi kerja, macam-macam hal lagi."

Sementara itu, Khairul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu, selain mendapatkan pandangan pelbagai pihak tentang baik buruk penjualan bahan api itu sebelum dihebahkan keputusan kepada umum.

Apatah lagi, umum mengetahui bahawa penggunaan mercun dan bunga api kepada kanak-kanak berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan dan kecacatan.

Tan Chai Kee berkata: "Tiada apa yang boleh dilakukan. Sangat bahaya dan siapa akan menjawab apabila berlaku kebakaran dan kemalangan? Tolong cadangkan sesuatu yang lebih baik."

Tulis Azli Ismail: "Walau dibenarkan, ibu bapa diingatkan jangan pandang remeh, bahaya main mercun bagi kanak kanak."

Shahminan Hjanai mendakwa: "Ramai budak masuk hospital nanti kena mercun tak usah nak susahkan ibu bapa."

Screenshot 2023-02-04 180948

Keadaan pelajar Tingkatan 2 tersebut selepas kehilangan tiga jari dan pecah gegendang telinga akibat bermain mercun. — Orang awam

Pada April tahun lalu, seorang pelajar Tingkatan 2 di Beris Kubor Besar, dekat Bachok, Kelantan hilang tiga jari, selain pecah gegendang telinga akibat bermain mercun.

Pada 16 Mei 2020, seorang anggota tentera berusia 40 tahun hilang empat jari kanan, ketika bermain mercun bola di Kampung Muhibbah di Paloh dekat Kluang, Johor.

Pada September 2014, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hilang lima jari tangan kirinya, apabila bermain mercun yang dijumpai di luar rumahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram