KECEDERAAAN patah tulang pelvis dan dua tulang leher bukan penghalang buat Ratu Cantik Wales 2022, Darcey Corria untuk meneruskan niatnya mewakili negara di pertandingan Ratuk Cantik Dunia.
Perkara itu disahkan oleh pihak penganjur yang yakin Corria mampu meneruskan hasratnya membawa pulang mahkota gelaran itu pada Mei depan.
“Corria kini sedang mendapat rawatan di Hospital Universiti Wales, Cardiff. Dia dilaporkan berada dalam keadaan baik dan akan tetap menyertai pertandingan itu nanti,” jelas jurucakap penganjur Miss World.
Pihaknya turut mengharapkan tahap kesihatan Corria akan segera pulih memandangkan mereka masih mempunyai masa sekitar tiga bulan.
Corria menjadi wanita kulit hitam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik Wales dalam tempoh 70 tahun.
Ahli keluarga wanita berusia 21 tahun itu turut yakin Corria mampu membuat kemunculan dalam acara tersebut setelah berusaha bersungguh-sungguh.
“Kami sekeluarga berterima kasih kepada pihak pengurusan hospital dan penganjur yang banyak memberi sokongan. Pasukan perubatan juga memberikan perkhidmatan terbaik kepada Corria,” katanya.
Corria terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan 35 Sarn Services pada pukul 6 petang, Ahad.
Untuk rekod, Corria merupakan wanita kulit hitam pertama yang dinobatkan sebagai Ratu Cantik Wales sepanjang tempoh 70 tahun penganjuran. Dia turut aktif terlibat dengan aktiviti kesedaran tentang anti-perkauman dan keadilan jenayah di Wales.
Dia turut membantu individu daripada etnik minoriti dalam aktiviti kecergasan dan kesihatan mental termasuk golongan wanita tempatan dalam mengejar cita-cita mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram