Ibu, bayi 6 bulan maut nahas Axia bertembung Naza Ria di Gua Musang


  • 112
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam nahas pada Jumaat. — Bernama

SEORANG wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelanta pada 12.40 tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan Muhammad Alfah Abdul Rahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

326171917_857660042229743_841087580613124883_n (1)

Ahli keluarga kelihatan sebak ketika jenazah mangsa dikapankan. — Facebook Persatuan Van Jenazah Gua Musang

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta Perodua Axia yang dinaiki mangsa bersama dua anak dan dipandu oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

"Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung kereta Naza Ria yang dipandu lelaki Melayu berusia 36 tahun," menurutnya dalam satu kenyataan.

Azmi berkata, akibat pelanggaran itu, Perodua Axia remuk dan pemandunya mengalami patah pada tangan kiri dan pinggang, manakala anak lelakinya berusia lima tahun mengalami patah di kedua-dua kaki.

326252050_2225531574318920_5930774409103222481_n

Jenazah kedua-dua mangsa untuk dikebumikan. — Facebook Persatuan Van Jenazah Gua Musang

"Pemandu Naza Ria hanya mengalami cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk proses selanjutnya, manakala mangsa yang maut dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram