TFC makin hilang aura sang juara?


  • Podium
  • Rabu, 01 Feb 2023

Penyokong dilihat ragu-ragu akan persembahan TFC pada musim depan. — Facebook TFC

TATKALA tirai jendela musim perpindahan Liga Malaysia (Liga M) bakal ditutup tidak lama lagi, sudah pasti ramai penyokong yang teruja dengan kekuatan pasukan kegemaran masing-masing.

Namun, bagi kebanyakan penyokong Terengganu FC (TFC), mereka dilihat masih ragu-ragu dengan kemampuan pasukan tersebut untuk musim akan datang.

Apatah lagi, ramai tulang belakang TFC dilihat meninggalkan pasukan tersebut termasuk bekas pengendalinya, Nafuzi Zain yang berpindah ke Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Selain itu, ayam tambatan skuad Sang Penyu, Faisal Halim turut memutuskan untuk berkhidmat ke Selangor FC selepas membantu mereka melangkah ke pentas Asia.

Jadi, mereka dilihat tampil dengan wajah baharu, termasuk pelantikan pengendali kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner atau Tommy sebagai ketua jurulatih.

Di samping itu, aktiviti perpindahan TFC sepanjang jendela perpindahan menyaksikan pasukan Pantai Timur itu membawa masuk beberapa import baharu, seperti Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn.

326781632_919076125933985_431983628492442233_n

Aksi pemain Terengganu ketika berdepan Kelan United baru-baru ini. — Facebook TFC

Bagaimanapun, sepanjang sesi pramusim, pasukan tersebut hanya mencatatkan satu kemenangan ketika beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu semasa berdepan Kelantan United FC.

Hal itu pastinya memberi sedikit kegusaran buat penyokong, lebih-lebih lagi apabila mereka bakal berdepan juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih, yang dijadual pada 24 Februari depan.

Baru-baru ini, mereka sekali lagi mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol.

Ziaf Muhamad berkata: "Teringat ayat hujung musim baharu, 'Tiada player lebih besar dari kelab', 'taktikal Tommy lebih kurang macam Nafuzi'. Aku tak kecewa dengan result, tetapi kecewa dengan individu atas padang. Sesetengah individu ni tak layak langsung ada dalam skuad, skuad liga pun belum tentu layak."

Tambah Loh Giah: "Kalau tahap ni nak main AFC tahun ni dengan pemain tempatan tiada kualiti sikit habuk. Memang 'tohok' sajalah, main sayap tu macam main wakil kalah. Sekat bola apa macam itu." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram