PENYERANG muda yang sedang meningkat naik, Mohd Haqimi Azim Rosli menyedari cabaran yang bakal dihadapi dalam Liga Super.
Cuma pada masa sama, penyerang muda skuad Harimau Malaya itu tidak ingin hanya memanaskan bangku simpanan Kuala Lumpur (KL) City FC lagi musim ini.
Pada musim lalu, Haqimi Azim berjaya mengagumkan jurulatih, Bojan Hodak apabila dia berhasil tampil sebanyak 11 kali dan menjaringkan gol.
Selepas itu, bakatnya juga turut disedari oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Pan-gon memastikan nama Haqimi Azim berada dalam senarai skuad Piala AFF 2022 apabila pemain berusia 20 tahun itu diturunkan dalam empat perlawanan.
Lebih manis, semasa debutnya bersama Harimau Malaya, Haqimi Azim menghadiahkan satu sewaktu menentang Laos dalam kemenangan 5-0.
Cuma pada masa sama, Haqimi Azim mungkin tidak mendapat masa bermain yang mencukupi musim ini kerana berisan serangan baharu skuad Warga Kota boleh dianggap antara yang terkuat dalam liga.
Mana tidaknya, bekas penyerang Selangor, Herlison Caion dan pemain Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre adalah pemain utama yang akan menerajui jentera serangan The City Boys.
Hodak turut membawa masuk pemain sayap Filipina, Patrick Reichelt dan pemain utiliti Denmark-Itali Sebastian Avanzin untuk memperkuat barisan hadapan.
Haqimi Azim antara penyerang muda yang sedang meningkat naik. — Instagram/Haqimi
Sebelum ini, KL City sudah mendapat khidmat penyerang Colombia Romel Morales dan Paulo Josue dari Brazil yang juga boleh bermain sebagai penyerang atau pemain tengah.
Dengan kehadiran barisan penyerang baharu dan sedia ada boleh menyebabkan Haqimi Azim terpinggir dari kesebelasan utama skuad Warga Kota musim ini.
Namun, pemain muda itu mahu mengalah apabila ingin menarik perhatian Hodak dengan work rate dan komitmennya dalam latihan dan perlawanan pramusim.
“Ia akan menjadi cabaran yang sengit untuk mendapatkan permulaan yang tetap. Walauapa pun, saya mahu bermain musim ini dan saya akan bertarung untuk mendapatkan tempat bersama pemain import.
“Saya mahu mengukuhkan kedudukan saya sebagai penyerang dalam pasukan walaupun saya perlu bersaing dengan mereka yang berpengalaman.
“Saya akan memberikan 100 peratus komitmen dalam latihan dan juga semasa pramusim untuk memastikan saya mendapat peluang bermain dalam Liga Super.
“Dengan pemain seperti Romel dan Paulo juga dalam pasukan, ia akan menjadi sukar untuk bersaing untuk kedudukan penyerang tengah tetapi untuk bermain, saya juga bersedia untuk bermain sebagai pemain sayap,” kata Haqimi.
Malah, kehadiran Caion dengan rekod 24 gol untuk Selangor musim lalu, adalah pemain yang akan dinanti-nantikan oleh Haqimi kerana pemain Brazil itu datang dengan banyak pengalaman untuk dia pelajari.
“Saya masih muda dan banyak yang perlu dipelajari. Saya ingin menggunakan platform ini untuk belajar daripada Caion yang berpengalaman,” tambahnya.
Kesungguhan Haqimi dan bilangan penyerang berkualiti yang dimiliki Hodak berkemungkinan akan meningkatkan peluang KL City untuk mencabar saingan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram