Penyokong Sri Pahang-Perak FC sepakat restu Hafiz Ramdan 'join' Jang Hobin


  • Podium
  • Ahad, 25 Dis 2022

Hafiz merupakan pemain Sri Pahang FC yang dipinjamkan ke Perak FC sebelum ini. — Sri Pahang FC

MUSIM jendela perpindahan pemain yang bermula sejak awal bulan ini sudah semestinya menimbulkan persoalan penuh debar dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.

Tidak dinafikan, rata-ratanya mahu skuad utama pasukan masing-masing lebih kuat dalam Liga Super 2023.

Antara nama disebut-sebut adalah pemain Sri Pahang FC yang dipinjamkan ke Perak FC, Hafiz Ramdan.

Pemain berusia 29 tahun itu kini dikhabarkan semakin hampir menyertai Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi memantapkan bahagian tengah pasukan tersebut musim depan.

Sebelum ini, bekas pertahanan skuad Jang Hobin, Ahmad Khuzaimi Piee atau Jimmy; serta penjaga golnya, Syihan Hazmi dikatakan hanya menunggu masa untuk berhijrah ke Selangor FC.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan penyokong Jang Hobin dilihat menyokong kehadiran Hafiz ke dalam skuad diterajui K Devan itu.

Pada masa sama, penyokong Sri Pahang dan Perak FC juga seolah-olah merestui sekiranya pemain itu memutuskan masa depannya ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ketika musim baharu nanti.

Harun Bin Hj Saman berkata: "Assalamualaikum kawan-kawan, bagi eden nombor telefon K Devan atau PBNS, eden nak suruh diorang ambil terus sign ok."

template - 2022-12-24T230355.836

Tangkap layar sambutan penyokong atas kehadiran Hafiz ke dalam NSFC.

Muhammad Jazlan menulis: "Bagus budak ni.Harap menjadi nanti.

Tambah Muhd Aiman Azhar: "Gentle cakap, confirm dio join jang Shahrel hado. Insya-ALLAH, sodap dio ni pair PKNP dulu ni.

Kata Tony Aziz: Kalau dah bagus, jangan tunggu lagi, sambar yo la."

"Baik tinggalkan Sri Pahang, Perak FC pun dah rekrut ramai pemain muda. Ada baiknya pegi Nismilan, lagi banyak minit permainan dia ni," kata Makan Bola Minum Kau Je La.

Dalam Liga Super musim ini, Hafiz berjaya menyumbang lima gol dan tiga bantuan gol menerusi 46 penampilan sepanjang 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram