Tiada lagi kelulusan tanpa tender, ‘kroni kayangan’ mula tak senang duduk


  • Primer
  • Selasa, 29 Nov 2022

Anwar melambai ke arah orang ramai selepas berucap ketika perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya pada Selasa.

SELANG enam hari pemerintahan kerajaan baharu, beberapa perkara sudah diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara perkara pertama diumumkan Anwar adalah cuti umum pada Isnin, sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Terbaharu, Anwar menegaskan supaya tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Jelas beliau, kerajaan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Kenyataan Ahli Parlimen Tambun itu nampaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna media sosial, yang rata-ratanya tidak mahu aktiviti makan suap terus bermaharajalela.

Dengan nada menyindir golongan elit, Syed Akramin menulis: "Apa bendalah Anwar ni. Pagi-pagi sudah buat orang marah. Kalau dihapuskan amalan tender direct nego yang macam kerajaan sebelum ini suka buat, macam mana kroni dan menteri nak cari makan nanti? Fikirlah sikit periuk nasi orang-orang kaya ini."

Tambah @visvimchristo berkata, kenyataan tersebut dikhuathiri menyebabkan ramai pihak tidak senang duduk terhadap Anwar.

"Moga Anwar dilindungi dari segala tangan-tangan pengkhianat dan musuh yang cuba nak sabotaj beliau," katanya.

Government officials refusing money to take the bribe money from business man the concept of corruption and anti bribery.

Anwar menegaskan, beliau tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa di bawah kerajaan pimpinannya. — Gambar hiasan/Getty Images

Tambah @nrhnsharol: "Tidak hairanlah golongan elit kayangan kaya-raya majoriti memang tak berapa suka dengan DSAI (Anwar). Pernah terbaca dari zaman dia dalam kerajaan 90an dulu, polisi dia memang lebih mengutamakan rakyat bawahan."

template - 2022-11-29T171952.648

Tangkap layar komen netizen berhubung kenyataan Anwar.

Kata @taukebrownie: "Semoga penjawat-penjawat awam atasan yang meluluskan tender kelak fikir banyak aspek. Jangan hanya fikir harga yang murah tapi barang hauk. Sebab sejujurnya itu yang aku rasa dari dulu sampai sekarang. Hospital kerajaan, kemudahan, lantai, cleaner, barang sekolah, internet, makmal, sedih nengok oiii."

template - 2022-11-29T171703.460

Antara tangkap layar komen netizen di laman Twitter.

Sementara itu, @ana_aiapublic berkata: "Macam-macam program boleh dibuat untuk bantu usahawan cuma janganlah orang sama sahaja kan. Jika dibuka tender, biasanya syarikat dinilai berdasarkan kestabilan kewangan. Kalau syarikat kecil, macam-macam dokumentasi diperlukan. Syarikat kecil yang tengah sesak nafas ni tak boleh nak bersaing. Boleh bayangkan tak?"

Sebelum ini, Tan Sri Azam Baki dipetik sebagai berkata, kenyataan Anwar itu perlu diberi perhatian semua pihak kerana ia bukan saja menghentikan salah laku rasuah, tetapi juga amalan kronisme.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, setiap arahan dan peraturan membabitkan Perbendaharaan negara sudah ditetapkan untuk perhatian serta dipatuhi semua.

"Dalam peraturan arahan Perbendaharaan memang sudah menyediakan proses yang perlu dipatuhi semua pihak dan SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah serta Kementerian Kewangan (MOF) turut melancarkan 'integriti pack' (saringan integriti dan surat akuan menolak elemen rasuah) yang memerlukan pemohon tender membuat ikrar tidak terbabit rasuah untuk mendapatkan tender kerajaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram