Liku perjuangan 24 tahun Anwar Ibrahim sebelum bergelar Perdana Menteri


  • Politik
  • Khamis, 24 Nov 2022

Anwar Ibrahim sewaktu berdepan kes mahkamah pada 2018.

AKHIRNYA, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri ke-10 negara selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun, hendak meniti tangga bergelar Perdana Menteri bukan mudah buat Anwar walaupun dia hanya tinggal selangkah lagi ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

FILE - In this May 16, 2018, file photo, Anwar Ibrahim reacts to supporters as he leaves a hospital in Kuala Lumpur, Malaysia. Officials say Malaysia's prime minister-in-waiting Anwar will contest a by-election that will pave the way for his return to active politics. Lawmaker Danyal Balagopal Abdullah said Wednesday, Sept. 12, 2018, he has resigned as a member of Parliament in Port Dickson, a southern coastal town, to make way for Anwar's comeback. (AP Photo/Vincent Thian, File)

Impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri akhirnya tercapai.

Langkahnya tidak mudah kerana selepas itu, bermulalah kejatuhannya sehingga dipenjara sebelum kembali semula dalam dunia politik hingga bergelar Perdana Menteri pada tanggal 24 November 2022.

Berikut Majoriti ungkap kembali kronologi dan liku-liku yang terpaksa dihadapi Anwar untuk bergelar Perdana Menteri sejak 1998.

Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika berada di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bermula dari tahun 1993 hingga 1998.

Tetapi, di bawah kepimpinan Dr Mahathir juga menyaksikan Anwar telah dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan selepas dikaitkan terlibat dengan kes rasuah dan liwat pada September 1998.

81527242464_AnwarIbrahim (1)

Anwar ketika bersama Mahathir dalam kepimpinan kerajaan.

Pada 1999, Anwar dikenakan hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan seks luar tabii (liwat) sebelum dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan sabitan kesalahan liwat terhadap Anwar.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar kembali ke Parlimen selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dan dipilih menjadi Ketua Pembangkang.

Anwar seterusnya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Namun, beliau sekali lagi dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan, yang mendapatinya bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Bagaimanapun pada 2018, PH memperoleh kemenangan besar sekali gus memegang tampuk kepimpinan kerajaan dan Dr Mahathir sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri.

Seperti dipersetujui, kedudukan Dr Mahathir itu bersifat sementara sehingga pengampunan terhadap Anwar selesai dan beliau dibebaskan dari penjara.

Pada 16 Mei 2018 , Anwar memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, melepaskan kerusi berkenaan, memberi laluan kepada Anwar bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober 2018 sebelum beliau menang.

DoT2oHEUwAANR9p

Anwar ketika bertanding di Parlimen Port Dickson pada 2018.

Namun sehingga Februari 2020, Anwar masih belum menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan sebaliknya hasrat itu terkubur ekoran kemelut politik yang menyaksikan PH kehilangan kuasa.

Ini kerana beberapa Ahli Parlimen PKR telah bertindak keluar parti yang akhirnya menyaksikan Dr Mahathir meletakkan jawatan dan seterusnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik mengemudi negara sebelum diambil alih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam PRU15, Anwar sekali lagi bertanding dan kali ini menang di kerusi Parlimen Tambun.

Kini selepas 24 tahun, selepas dipenjara dua kali, akhirnya Anwar mencapai impian bergelar Perdana Menteri dan lebih bermakna mendapat perkenan Agong. Seterusnya bakal membentuk kerajaan perpaduan seperti mana yang terdahulu diutarakan Dr Mahathir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram